Tuesday 28 March 2017

Kisah Benar Mak Mentua Beli Sarapan Selapas Suami Keluar Rumah, Taktik Kotor


“Maid yg ceritakn segalanya. Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun. Bila suami saya pergi kerja, baru lah TERBONGKAR semuanya… rupa-rupanya…. “

Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.
(kod sini)

Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2.

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia(pukul).Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.

Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol. Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.


Sumber: makjemahhot


Rita Rudaini Dan Aqasha Kecam Tindakan Aidil Tidak Ambil Peduli Kebajikan Anak-Anak


Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah, namun kita ketahui aktres Rita Rudaini agak kuat semangatnya dalam membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Walaubagaimanapun, Rita kadang – kadang terkilan mengenangkan sikap bekas suaminya, Aidil Zafuan kerana langsung tidak mempedulikan anak-anak mereka. Aidil bukan sahaja membiarkan Rita menanggung kos pembelajaran mereka tetapi tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak-anak.

Rayyan dan Arjuna semakin membesar dan Rita tidak mahu Aidil menyalahkan sesiapa sekiranya satu hari nanti mereka tidak boleh menerima lelaki itu sebagai bapa.




Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.

Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya.



Pada pendapat kami, api berlawan dengan api sampai bila pun tidak akan menemui jalan penyelesaian. Bukan berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mungkin juga Rita dan Aidil harus mengetepikan ego masing-masing dan cubalah untuk berbaik demi anak-anak mereka. Wallahualam.


Sumber Berita : InTrend Malaysia


Inilah Dia Perangai Sebenar ' Farah Elmo' Tak Berbaloi Kalau Bagi Hantaran Dekat Kau 20K

Tular di media sosial beberapa hari lepas, video seorang gadis ‘utara’ yang sedang membebel.

Video itu memperlihatkan gadis bernama Farah Elmo yang membahasakan dirinya sebagai ‘Mami’ dan cukup tebal dengan loghat Pulau Pinang, membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun malas bekerja dan komplain dengan hantaran yang terlalu tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Reaksi netizen, terutamanya kaum adam rata-ratanya mengecam dan tidak dapat menerima kata-kata yang dilontarkan Farah Elmo ini. “Mendapatkan wang berpuluh ribu ringgit bukanlah perkara mudah”

Namun, lain pula yang terjadi.. apabila Farah Elmo (anak mami) tertangkap sedang berjoget sakan di ‘Bigo Live‘ oleh netizen.

Aksi joget sewelnya itu pastinya mendapat kutukan negatif para netizen.

komen natizen

“Dah macam orang tak betul”macam ni ke perangan pompuan hantaran 20k

“Baru-baru ni sibuk mintak duit hantaran RM20K, kutuk lelaki Melayu macam-macam, tapi perangai entah apa-apa”

“Memalukan. Takde maruah.”

Bagaimanapun, menurut Farah Elmo, video ‘joget’ itu sudah lama… alasannya hanya untuk “melawak”.

Farah Elmo Joget Sakan Di 'Bigo Live'. pic.twitter.com/tFU4NlK1tZ— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 28 Mac 2017





Viral Video Cikgu Dan Anak Murid Dalam Kereta


KUALA LUMPUR – Sebuah video yang memaparkan dua remaja lelaki tengah asyik melayan nafsu songsang tersebar dilaman Facebook hari ini.

Video yang berdurasi 38saat itu dimuat naik oleh sebuah page Komuniti (Malaysia) telah ditonton sebanyak 10,032 pengguna facebook sejak lima jam yang lalu. Dalam video tersebut dapat dilihat dua remaja lelaki yang dipercayai pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah mubaligh Tawau, sedang asyik melayan nafsu songsang berduan..

Sesekali remaja lelaki itu dilihat sengaja merakam logo sekolah pada pakaian pasangannya dengan sengaja.

Rakaman video yang menjijikkan itu dikecam oleh netizen dan mahu pihak PDRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan terhadap dua pelajar lelaki itu.

Gejala LGBT dikalangan remaja semakin membimbangkan. Pihak berwajib wajar mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ini. Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau aktiviti anak masing masing


Sumber: Gempakviral


Inilah Wajah 'PEMBUNUH' 8 Remaja Berbasikal Di Johor Bharu, Yang Pasti Wanita Cina Lagi



Johor Bahru: Pemandu wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 21, yang bekerja sebagai jurujual didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB9984 secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung sekiranya disabit kesalahan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Salina Omar.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam bela, Faizal Bustaman dan Mokhtar Menon.


Tertuduh dibenar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Lesen memandu tertuduh digantung hingga perbicaraan kes selesai selain tertuduh diperintah menyerah pasport kepada mahkamah.

Salina juga menetapkan 13 April depan sebagai tarikh pengurusan kes terbabit.



Ibu Kejam Seksa Anak Sendiri Dengan Rotan Punggung Dan Tekap Dengan Cawan Kaca Dan Kuali Panas



JOHOR BAHRU - Bukan sahaja dirotan, malah punggungnya seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditekap dengan cawan panas bagi menghilangkan kesan sebatan, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian petang semalam yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah itu, perbuatan guru itu yang mendera mangsa terbongkar apabila mangsa melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum meminta bantuan jiran guru terbabit.

Kakak mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian pergi ke lokasi kejadian sebelum dimaklumkan oleh suami guru terbabit yang adiknya dirotan, selain punggungnya turut ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam dengan air panas, bagi tujuan menghilangkan kesan rotan.

Difahamkan, mangsa dihantar tinggal bersama guru tuisyennya sejak dua minggu lalu, kononnya dia terlalu nakal dan dihantar ke situ bagi membantunya dalam pelajaran.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, sebelum membuat laporan polis jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib, mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak.

"Setakat ini seorang kakitangan lelaki telah ditahan, manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan beberapa lagi guru di pusat tuisyen berkenaan." katanya.

Sehingga kini, punca sebenar mangsa ditinggalkan bersama guru tuisyen terbabit masih belum dikenal pasti. - The Reporter


Salam Takziah Buat Azharina Dan Sekeluarga Atas Pemergian Anak Keduanya



Penyanyi Azharina menerima berita duka apabila anak angkat keduanya telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Anaknya bernama Rizqie Azharin Azhar telahpun meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi.

Ini komennya:

Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang…

Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini .

Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya

Anak syurga, itulah yang boleh dikatakan kepada Azharina tentang pemergian anaknya itu.

Semalam, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas anaknya menghidap pendarahan otak dan mempunyai masalah paru-paru.

Di laman sosial, Azharina menerima banyak ucapan tahniah dan ada yang memberi komen agar Azharina dikuatkan semangat tentang berita sedih ini.

Takziah sekali lagi.

Sumber: beritamemey


Berang Kena Nasi Tak Masak, Suami Kejam 'Jolok' Benda Tajam Terhadap Isteri


"Sy dah lama geram pd dia...dia sibuk layan MEDIA SOSIAL sampai anak 8 bulan kami terabai...sy tanya dia mana lauk utk mkn....dia terus masuk bilik dan sanggup LUDAH muka sy..."

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdul 35 tahun,terpaksa ditahan polis selepas didakwa telah menganiaya isterinya Maisyaroh hingga terpaksa dimasukkan kedalam hospital.

Tidak hanya dipukul,Kelentit Maisyaroh juga turut dipotong menggunakan gunting hingga putus.
Dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Mulia Batu 8 Medan kelmarin,suspek dikatakan berang terhadap isteri kerana tidak memasak untuk makan malam.

Katanya ketika ia tanya kenapa tak masak lauk,isterinya tidak peduli dan terus masuk kedalam bilik.
Berang dengan sikap isteri,suspek kemudian bertindak memukul isteri sebelum menggunting sedikit bagian intimnya dengan gunting .

Isteri yang mengerang kesakitan membuat suspek panik dan melarikan diri.Mangsa kemudian memaklumkan kepada ahli keluarganya untuk mendapat bantuan sebelum membuat laporan polis di Kenit Reskrim Polsek Labuan AKB Punama Jaya.

Suspek yang ditahan semalam mengakui atas kesalahnnya,katanya sehari sebelum kejadian itu mereka bergaduh mulut kerana ia menegur isteri yang terlalu kerap melayan laman media sosial hingga anak mereka yang berumur 8 bulan seperti tidak terurus.

Selain itu suspek juga mengaku mendapat tekanan dari bos nya ditempat ia bekerja.
Pada awalnya saya tak berniat untuk memukul dan mencederakan bagian intimnya,ketika kejadian dia turut meludah kemuka saya,selepas itu emosi saya tidak terkawal katanya.


Inilah Kehidupan Sebenar Pelajar Cemerlang SPM 2016, Dah Macam Artis

Semalam viral di media sosial mengenai seorang pelajar cemerlang SPM 2016, Natasha Qisty Mohd Ridzuan daripada Kolej Tuanku Kurshiah Negeri Sembilan yang mendapat keputusan 9A. Bukan sahaja cemerlang, kejelitaan gadis ini telah menarik perhatian netizen. Dah macam model!




Inilah yang dikatakan beauty with the brain betul tak?




Pelajar cemerlang SPM 2016

Dari Kolej Tuanku Kurshiah Negeri Sembilan




Cantik dah macam model!







Dah ada kekasih hati?








'Pelik isteri saya ni alim solat tak tinggal, tapi Allah Maha Kuasa tak sangka dia macam tu'

Gambar sekadar perhiasan.

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi. Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga. Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis. Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga. Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun. Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini. Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali. Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya. Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain. Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?


Awas Elakkan Melakukan Perkara Ini Terhadap Anak Anda Yang Sedang Demam


ANAK DEMAM, TUAM AIR PANAS ATAU SEJUK?

Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak-anak kita. Ia biasanya adalah merupakan satu respons normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak. Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak-anak tidak selesa dan meragam.

Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas. Juga ramai perawat akan menasihati ibu bapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.
Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

Air yang panas/suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang-liang roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam-suam kuku bagi tujuan ini.

Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.

Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.


Semoga bermanfaat.


Monday 27 March 2017

Memualkan Aksi DJ Stesen Radio Malaysia Di Konti Tanpa Segan Silu, Mohon Kena Banned Dengan Kerajaan

Benarkah gadis dalam foto di atas - Linora Low, Dj di stesyen radio RedFM yang melakukan kerja gile seperti dalam foto-foto di bawah?? Tercungap Maya melihatnya kerana tidak sangka jika ini benar kejadian yang berlaku di Malaysia! Berdasarkan tagline "TODAY's BEST MUSIC!" yang tertera di belakang Dj ini, memang jelas berkemungkinan kejadian ini berlaku di konti RedFM.











Maya harap pihak berkenaan seperti SKMM akan menyiasat dan mengambil tindakan jika benar kejadian di sebuah stesyen radio Malaysia kerana tindakan ini semestinya terlalu bercanggah dengan etika moral, sebelum kejadian lebih teruk dan pelik berlaku semata-mata berlumba mahu mempromosikan stesyen radio masing-masing. Atau mungkin Linora Low atau RedFM patut tampil ke hadapan memberi penjelasan jika ini bukan dirinya, bukan berlaku di konti RedFM. - Maya De'Jendela




Hasil Selalu Membantu Kewangan, Isteri Sanggup Serah Tubuh Kepada Teman Lelaki


KUALA TERENGGANU - Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada di dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan yang mengaibkan bersama seorang lelaki bukan beragama Islam, lapor Harian Metro.

Kecurangan wanita itu dikesan selepas pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memeriksa sebuah blok hotel di Kuala Nerus, Selasa lalu.

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 7.15 pagi itu, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu selepas dikatakan terhutang budi yang mana lelaki itu telah banyak membantunya dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami wanita berkenaan.

Difahamkan, si suami yang berusia 30'an telah melakukan siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya yang seringkali mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan mereka berjumpa.

Lebih menambahkan rasa curiga si suami apabila lelaki bukan beragama Islam itu dengan selamba menjemput isterinya di rumah mereka pada hari kejadian.

"Lelaki terbabit mengambil keputusan untuk mengekori mereka dan terkejut apabila melihat sendiri pasangna itu masuk ke dalam hotel bersama-sama.

"Walaupun kecewa dan marah dengan tindakan isterinya, dia tidak bertindak sendiri, sebaliknya menghubungi penguatkuasa JHEAT terlebih dahulu untuk memaklumkan kejadian itu.

"Ketika serbuan dilakukan, pasangan berkenaan berada dalam keadaan mengaibkan tanpa seurat benang sebelum mereka dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut," katanya.

Wan Mohd berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzi) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. - The Reporter (sumber asal: akhbar Harian Metro)


Lelaki Kecewa Di Tangkap Khalwat Bersama Pasangannya Seorang 'Lelaki'

KALIMANTAN, INDONESIA - Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mengetahui teman wanitanya yang baru dikenalnya sejak 8 bulan lalu merupakan seorang lelaki berperwatakan perempuan, lapor eBerita.

Dalam kejadian Khamis lalu di Pangkalan Bun, selatan Kalimantan, Rizki Budian ditangkap berkhalwat dengan pasangan 'pondannya', Laure, 21, di sebuah hotel dalam serbuan Jabatan Agama Pangkalan Bun.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Pangkalan Bun untuk diambil keterangan.




Menurut Rizki yang berasal dari, dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Laure sejak 8 bulan yang lalu. Mereka jarang bertemu kerana jarak tempat tinggal yang tidak mengizinkan dan hanya berpeluang bertemu dua kali sebulan.

"Setiap kali bertemu, dia akan memakai tudung. Tiada sedikit pun kelakuannya yang mencurigakan dan dia memang nampak seperti seorang perempuan, putih, cantik, gebu, badan melentik dan tinggi lampai.

"Sehinggalah beberapa bulan kemudian, kami semakin rapat dan akhirnya rahsia dia terbongkar apabila kami menyewa bilik di sebuah hotel bajet.

"Saya terkejut, menyesal dan malu. Dia rupa-rupanya lelaki!" kata Rizki.




Dalam keterangan Laure, dia mengaku telah memperdayakan lelaki itu melalui sebuah laman sosial.

Kedua-dua mereka dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Bun, Jumaat lalu untuk didakwa di atas kesalahan berkhalwat dan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. - The Reporter




Saya Mengaku Johan Datang Bilik Saya Pukul 3 Pagi,Tapi Tak Buat Apa-Apa'- Aishah


PETALING JAYA: Penyanyi Aishah Bujang mengakui ada berborak kosong dengan aktor Johan As'ari dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi ketika mereka sama-sama menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura pada Februari lalu.

Aishah,26, berkata, pelakon Juvana itu datang ke biliknya selepas acara berkenaan untuk berkenalan dengan lebih rapat, namun ditemani beberapa rakan lain.

"Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak.

"Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada," ujarnya kepada mStar Online.

Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang ini diminta mengulas berita di ruangan pojok akhbar mingguan bahawa aktor lelaki itu mengetuk pintu bilik pada pukul tiga pagi ketika di sebuah hotel.

Tambah penyanyi lagu Cinta Dan Luka ini, kejadian itu merupakan pertama kali dia berjumpa dengan aktor berkenaan.

"Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak.

"Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri," ujarnya.

Bagaimanapun, Aishah berkata, dia bimbang berita tersebut memberi persepsi negatif dan disalah anggap oleh masyarakat.

Katanya, dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan aktor berkenaan biarpun sudah bertukar nombor telefon.

"Saya takut orang salah anggap dan jika Johan ada kekasih tentu akan menimbulkan rasa tidak senang. Saya sendiri tidak tahu dia ada kekasih atau tidak ketika kami berkenalan.


"Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini," ujarnya.-mStar Online


Kerana Tudung Wanita Berdosa, Mesti Ramai Wanita Tak Tahu Yang Tudung Mereka Pakai Itu Mendatangkan Dosa Kepada Diri Sendiri



Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedar|Memaki tudung bukanlah sesuatu yang baru bagi muslimah wanita islam,namun seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi bukan sedikit wanita muslimah yang memakai tudung hanya untuk kelihatan cantik.

Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadist yang sahih tentang Aurat wanita,mereka wanita mengenakan tudung hanya sekedar trend masa kini agar terlihat islamik.

Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya sekarang? dan apa hukumnya?
Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.

~Pertama, kalau wanita menutup aurat, hendaklah menutup dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.

Contohnya baju kebaya yang mempunyai kain yang nipis sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah fitnah.

Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh Allah 

Subhanahu wa Taala di akhirat nanti kerana merosakkan akhlak orang ramai.

~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk tubuh, melainkan illa mazaharo minha (tidak dapat ditutup). Maka janganlah pakai seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. Hukumnya HARAM dan berDOSA. Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.

Dan bila ia jatuh atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti mazaharo minha, ia dimaafkan pada syara. Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya ialah HARAM.

Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan terus bertaubat kepada Allah 

Subhanahu wa Taala. Banyakkan beristighfar Astaghfirullahalazim kerana Allah Maha Pengampun.
Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.

Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian punggung ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang 
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:Ayat 31]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam kepada Asma binti Abu Bakar, Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.
[HR Abu Dawud].


Bawa Awek Naik Limo, Bapa Kau Bagi Tidur Dekat Toto? Neraka La Jawab Ye

Lelaki bernama Hafiz Mahamad ini dikutuk oleh beberapa pengguna yang mengatanya dan menuduhnya secara melulu.

Kahkahkah awek naik limo, ayah duk rumah kosong - kata seorag wanita.

Woa awek naik limo, bapak tido dekat toto - kata seorang lagi wanita

Kata kata negatif ini menyebabkan Hafiz naik angin dan memberi penerangan sebenar.

Hafiz Mahamad memberitahu sebenarnya, ayahnya sudah biasa tidur di atas tilam toto sejak dari dulu lagi.

Manakala rumah itu kosong kerana hanya merupakan rumah sewa untuk memudahkannya mereka sekeluarga datang tidur di Kuala Lumpur.

ini komen balas:

Meh sini aku bagi kau famous. Ini namanya nak judge takda akal. Abah aku ni dari dulu sampai ke sekarang tak suka tidur atas katil, sakit sakit badan. Apa yg benda ni nak jadi issue? Kau nak maki aku nak sekolah kan aku, silakan. Jangan family aku. Orang yg macamni aku rasa lahir lahir terus atas katil besar. Wahai cik adik, awak ni kena belajar tidur longgok, tidur depan kipas pacak. Baru kau berjaya esok2, kau tahu dari mana kau start. Sape yg judge aku tak mewahkan family tu, aku jemput raya silalah datang rumah. Otak cuba jangan jadi sempit cik adik. Kau judge aku takde masalah, kau nak hina aku takda masalah. Jangan kau hina orang yg ajar aku tentang hidup. Kau sekadar tengok gambar, jangan cara kau macam dah kenal aku 10 tahun. Awak tu perempuan, mulut jangan puaka. Baik kau pergi belajar and cari apa kau nak buat future nanti.














[VIDEO]'Gila dah 3hari biar udang ni dalam sink, tiba-tiba harini dia goreng bagi orang makan'

KULAI, JOHOR - "3 hari udang ini tak buang, basuh dalam air dan masak semula" demikian dakwaan sebuah laman Facebook, We Are Malaysian Indians (WAMI).

Video dan gambar yang dimuat naik laman berkenaan 15 jam yang lalu telah ditonton 736,716 kali dan dikongsi 14,425 pengguna laman Facebook.



Video menunjukkan, seorang kakitangan restoran berkenaan sedang mencuci udang yang dimasak tiga hari lalu, yang juga sepatutnya telah dibuang. Selesai mencuci, udang itu kemudian diletakkan di dalam dulang. 

Menurut laman WAMI mendakwa, udang itu akan dimasak semula untuk dihidangkan kepada pelanggan bagi mengelakkan pembaziran. 

Sementara itu di media sosial, netizen mempertikaikan mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa setelah acap kali kes-kes seumpama itu viral di media sosial. 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mahu bersangka baik, mungkin udang itu tidak dimasak semula untuk pelanggan, sebaliknya digunakan untuk tujuan lain. - The Reporter


Sunday 26 March 2017

Terkini Erra Disahkan Kahwin Secara Rahsia Bersama Shahir

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baharu. Malah, sebelum ini mereka dikatakan sedang hangat bercinta sehingga ada yang mendakwa mereka sudah bertunang.

Terbaru, timbul pula desas-desus mengatakan Erra dan Shahir sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.

Walaubagaimanapun, Erra telah tampil menafikan berita tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.


Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan. Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?

Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya?



Kami percaya berita ini tersebar mungkin kerana ramai sekali yang ingin melihat Erra bahagia dan mengharapkan hubungan rapat Erra bersama Shahir berakhir ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, kita tidak boleh memaksa Erra dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.






Sumber Berita : Harian Metro


Kerana Ilmu Hitam Seorang Janda Muda Kini Menjadi Hamba Kepada Bapa Saudara



Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.

Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.

“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.


'Tak sanggup nak bagi anak makan coklat macam ini' Luahan Kecewa Seorang Ibu

KUCHING, SARAWAK - Seorang pengguna mendapati coklat yang dibelinya di sebuah pasar raya pada 24 Mac lalu mengandungi ulat. Video dan gambar yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu telah dikongsi 1,480 pengguna Facebook.

"Salam, saya nak kongsi sikit. Sekadar peringatan untuk kawan-kawan semua. Baru saja berlaku tadi, saya beli coklat ini dari sebuah pasar raya untuk anak. Selepas dia kata coklat itu ada ulat, jadi saya pun tengoklah. Memang benar ada ulat.

Posted by Dyg ImaFaleenna on Thursday, March 23, 2017

"Jadi, selepas ini kena periksa betul-betul coklat yang dibeli. Kalau okay, baru boleh makan. Geli tengok coklat yang ada ulat itu, saya terus buang," tulis Dayang ImaFaleenna di Facebooknya.

Pada 7 November tahun lalu, kejadian yang sama juga turut berlaku pada seorang pengguna yang sempat merakam gambar ulat tersebut di dalam coklat yang baru dibelinya. - The Reporter




Saturday 25 March 2017

Amar Bahrin Kecam Amyra Jika Meneruskan Bidang Lakonannya



SEJAK Amyra Rosli disahkan hamil tujuh minggu, pelakon Amar Baharin mengambil keputusan melarang isterinya daripada mengambil sebarang tawaran lakonan.

Menurut Amar, larangannya itu bersebab kerana dia hanya ingin memastikan Amyra dapat berehat sepenuhnya bagi menjaga kandungan sulung.

“Saya nak dia betul-betul rehat pada masa yang sama memastikan bayi yang dikandung normal dan kuat. Saya berharap semua orang faham situasi dia sekarang. Biarlah dia berehat sepenuhnya daripada bidang seni sehingga selesai proses kelahiran dan berpantang.

“Banyak perancangan untuk anak belum ada lagi. Ini kerana kami hendak fokus kepada kandungan dulu. Apabila kandungan sudah betul-betul kuat, baru kami berbincang apa yang perlu dibuat. Tetapi untuk Amyra, kena rombak balik jadual dia. Saya kena kurangkan penggambaran drama serta fokus kepada pengacaraan dan duta produk sahaja,” kata Amar dipetik Berita Harian.

Amar turut menjelaskan, walaupun usia kandungan isterinya masih terlalu awal untuk dihebahkan namun mereka mengambil keputusan untuk mewar-warkan perkara itu terlebih dahulu kerana sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat masing-masing.

Amar dan Amyra bernikah pada 11 November tahun lalu di Sunway Montana, Kuala Lumpur.

Pasangan ini mula menjalin hubungan selepas digandingkan dalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong yang ditayangkan di Astro Ria. – MYNEWSHUB.CC


3 Keping Gambar Nenek Tua 47 Tahun Bergaya Sakan Macam Emma Watson

Sekali tengok macam model remaja. Betul kata orang umur bukan halangan untuk segalanya

SIAPA sangka wanita ini sebenarnya merupakan seorang ibu dan nenek kepada dua orang cucu.

Zaklina, fashionista kelahiran Serbia ini memiliki wajah awet muda dan figura persis gadis berusia 25 tahun namun hakikatnya dia sudah berumur 47 tahun tetapi tiada satu pun kedut yang kelihatan di matanya malah citarasanya dalam berfesyen pun memang sangat ‘tajam’.

Zaklina digelar sebagai Real Fashionista di laman sesawang dan mempunyai pengikut di Instagram lebih daripada 158,000 orang yang sentiasa menantikan foto-foto fesyen terbaharunya.
Nenek 47 Tahun Mendapat Jolokan 'Real Fashionista'
Nenek 47 Tahun Mendapat Jolokan 'Real Fashionista'
Selain minat mendalam terhadap fesyen, nenek kepada dua cucu ini juga gemar melayari laman sosial dan gemar berkongsi foto-fotonya di dalam outfit mewah yang digayakan menerusi paltform tersebut.

Malah dua cucunya juga sudah kelihatan cenderung mengikut jejak langkah nenek mereka apabila turut tampil di dalam beberapa foto di laman sosialnya.

Matlamat utama saya adalah menjadi sumber inspirasi kepada wanita untuk mereka bangkitkan sisi ‘liar’ mereka,” katanya.

Memiliki bentuk badan yang solid dengan gaya yang menawan membuatkan ramai model baru ‘mencemburui’ Zaklina.

Berpengalaman tinggal di beberapa negara seperti Switzerland, Perancis dan Poland telah menjadikan wanita ini sebagai seorang bintang sensasi Internet dan eklektik iaitu seseorang yang menitikberatkan gaya dan penampilan.

Zaklina kini menetap di ibu kota fesyen terkenal di Eropah iaitu Itali.-MYNEWSHUB.CC




Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Semalam, pengasas kosmetik MERVE, Joy Revfa telah sah mengikat tali pertunangan dengan selebriti Hafiz Hamidun. Sebelum ini, kita hanya mendengar Hafiz sahaja yang bercerita mengenai tunangnya itu yang hanya beliau kenali selama dua bulan.

Kali ini Joy pula berkongsi apa yang beliau rasakan terhadap Hafiz. Menurut Joy, sikap penyayang Hafiz membuatkan pintu hati wanita itu terbuka sekali lagi untuk bergelar isteri selepas perkahwinan pertama beliau gagal sekitar tiga tahun lepas. Malah, Joy mempercayai Hafiz mampu untuk membimbing beliau dan anaknya ke arah yang lebih baik.

Dia seorang yang sangat tenang dan penyayang. Hafiz sangat berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenali. Saya yakin dia dapat bimbing saya dan anak hingga ke syurga. Saya berdoa hubungan ini sampai ke akhir hayat kami.
Pada masa yang sama, Joy turut menafikan bahawa perkahwinan mereka adalah sebab isu kekayaan seperti yang didakwa oleh netizen.

Kalau nak dibandingkan dengan saya, dia sudah ada empayar perniagaan sendiri yang lebih besar daripada saya. Kami berdua adalah usahawan jadi tak perlu timbul kami nak kahwin sebab harta kerana dia pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua ada aset sendiri.

Joy sebenarnya tidak kisah jika ada sesetengah pihak kembali membangkitkan kisah peribadinya pada masa lalu dan mengkritik hubungan beliau dengan Hafiz. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau sudah lali dengan semua itu.


Kecoh Adakah Ini Gambar Anak Kak Ton Duta Produk?

Berikutan tersebarnya artikel bercaption ‘5 Foto Nadia Annuar Anak kak Ton Terlajak Seksi‘, Nadia Annuar telah mengamuk di laman sosial instagramnya. Kecantikan Nadia Annuar memang tidak boleh dipertikaikan lagi dan pasti ramai jejaka diluar sana telah jatuh hati dengan janda ini. Tetapi awas khabarnya dia telah berpunya.......


#Memang telah dari dahulu lagi instagramnya di privatekan tetapi ada segelintir yang gigih untuk follow janda cantik ini dan selepas diapprovekan kemudian mereka mengutuk cara pemakaian Diana Annuar yang dianggap terlalu seksi dan menggoda.....


#Berikut adalah luahan hatinya "Buat caption salah tak buat caption tetap salah ahhhh sudahlah!! Sape tak suka silahlah unfollow. Kenapa harus nak follow kalau u tak suka dgn i? Takde alasan sbb account saya private…usaha betul nak follow saya dan tunggu saya approve just for what?? Kutuk saya? Ish ish rajin betul manusia ni kalau nak cari kesalahan orang. Dah puas hati??!!"



#Mungkin Nadia Annuar dah penat melayan karenah netizen yang selalu tidak berpuas hati dengannya. Jadi senang sahaja, tak suka tak payah follow. Tak gitu? Okehhh no komen....