Tuesday 28 March 2017

Kisah Benar Mak Mentua Beli Sarapan Selapas Suami Keluar Rumah, Taktik Kotor


“Maid yg ceritakn segalanya. Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun. Bila suami saya pergi kerja, baru lah TERBONGKAR semuanya… rupa-rupanya…. “

Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.
(kod sini)

Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2.

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia(pukul).Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.

Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol. Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.


Sumber: makjemahhot


Rita Rudaini Dan Aqasha Kecam Tindakan Aidil Tidak Ambil Peduli Kebajikan Anak-Anak


Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah, namun kita ketahui aktres Rita Rudaini agak kuat semangatnya dalam membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Walaubagaimanapun, Rita kadang – kadang terkilan mengenangkan sikap bekas suaminya, Aidil Zafuan kerana langsung tidak mempedulikan anak-anak mereka. Aidil bukan sahaja membiarkan Rita menanggung kos pembelajaran mereka tetapi tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak-anak.

Rayyan dan Arjuna semakin membesar dan Rita tidak mahu Aidil menyalahkan sesiapa sekiranya satu hari nanti mereka tidak boleh menerima lelaki itu sebagai bapa.




Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.

Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya.



Pada pendapat kami, api berlawan dengan api sampai bila pun tidak akan menemui jalan penyelesaian. Bukan berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mungkin juga Rita dan Aidil harus mengetepikan ego masing-masing dan cubalah untuk berbaik demi anak-anak mereka. Wallahualam.


Sumber Berita : InTrend Malaysia


Inilah Dia Perangai Sebenar ' Farah Elmo' Tak Berbaloi Kalau Bagi Hantaran Dekat Kau 20K

Tular di media sosial beberapa hari lepas, video seorang gadis ‘utara’ yang sedang membebel.

Video itu memperlihatkan gadis bernama Farah Elmo yang membahasakan dirinya sebagai ‘Mami’ dan cukup tebal dengan loghat Pulau Pinang, membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun malas bekerja dan komplain dengan hantaran yang terlalu tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Reaksi netizen, terutamanya kaum adam rata-ratanya mengecam dan tidak dapat menerima kata-kata yang dilontarkan Farah Elmo ini. “Mendapatkan wang berpuluh ribu ringgit bukanlah perkara mudah”

Namun, lain pula yang terjadi.. apabila Farah Elmo (anak mami) tertangkap sedang berjoget sakan di ‘Bigo Live‘ oleh netizen.

Aksi joget sewelnya itu pastinya mendapat kutukan negatif para netizen.

komen natizen

“Dah macam orang tak betul”macam ni ke perangan pompuan hantaran 20k

“Baru-baru ni sibuk mintak duit hantaran RM20K, kutuk lelaki Melayu macam-macam, tapi perangai entah apa-apa”

“Memalukan. Takde maruah.”

Bagaimanapun, menurut Farah Elmo, video ‘joget’ itu sudah lama… alasannya hanya untuk “melawak”.

Farah Elmo Joget Sakan Di 'Bigo Live'. pic.twitter.com/tFU4NlK1tZ— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 28 Mac 2017





Viral Video Cikgu Dan Anak Murid Dalam Kereta


KUALA LUMPUR – Sebuah video yang memaparkan dua remaja lelaki tengah asyik melayan nafsu songsang tersebar dilaman Facebook hari ini.

Video yang berdurasi 38saat itu dimuat naik oleh sebuah page Komuniti (Malaysia) telah ditonton sebanyak 10,032 pengguna facebook sejak lima jam yang lalu. Dalam video tersebut dapat dilihat dua remaja lelaki yang dipercayai pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah mubaligh Tawau, sedang asyik melayan nafsu songsang berduan..

Sesekali remaja lelaki itu dilihat sengaja merakam logo sekolah pada pakaian pasangannya dengan sengaja.

Rakaman video yang menjijikkan itu dikecam oleh netizen dan mahu pihak PDRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan terhadap dua pelajar lelaki itu.

Gejala LGBT dikalangan remaja semakin membimbangkan. Pihak berwajib wajar mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ini. Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau aktiviti anak masing masing


Sumber: Gempakviral


Inilah Wajah 'PEMBUNUH' 8 Remaja Berbasikal Di Johor Bharu, Yang Pasti Wanita Cina Lagi



Johor Bahru: Pemandu wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 21, yang bekerja sebagai jurujual didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB9984 secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung sekiranya disabit kesalahan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Salina Omar.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam bela, Faizal Bustaman dan Mokhtar Menon.


Tertuduh dibenar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Lesen memandu tertuduh digantung hingga perbicaraan kes selesai selain tertuduh diperintah menyerah pasport kepada mahkamah.

Salina juga menetapkan 13 April depan sebagai tarikh pengurusan kes terbabit.