Monday, 27 March 2017

Filled Under:

[VIDEO]'Gila dah 3hari biar udang ni dalam sink, tiba-tiba harini dia goreng bagi orang makan'

KULAI, JOHOR - "3 hari udang ini tak buang, basuh dalam air dan masak semula" demikian dakwaan sebuah laman Facebook, We Are Malaysian Indians (WAMI).

Video dan gambar yang dimuat naik laman berkenaan 15 jam yang lalu telah ditonton 736,716 kali dan dikongsi 14,425 pengguna laman Facebook.



Video menunjukkan, seorang kakitangan restoran berkenaan sedang mencuci udang yang dimasak tiga hari lalu, yang juga sepatutnya telah dibuang. Selesai mencuci, udang itu kemudian diletakkan di dalam dulang. 

Menurut laman WAMI mendakwa, udang itu akan dimasak semula untuk dihidangkan kepada pelanggan bagi mengelakkan pembaziran. 

Sementara itu di media sosial, netizen mempertikaikan mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa setelah acap kali kes-kes seumpama itu viral di media sosial. 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mahu bersangka baik, mungkin udang itu tidak dimasak semula untuk pelanggan, sebaliknya digunakan untuk tujuan lain. - The Reporter




0 comments:

Post a Comment