Tuesday, 28 March 2017

Filled Under:

Rita Rudaini Dan Aqasha Kecam Tindakan Aidil Tidak Ambil Peduli Kebajikan Anak-Anak


Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah, namun kita ketahui aktres Rita Rudaini agak kuat semangatnya dalam membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Walaubagaimanapun, Rita kadang – kadang terkilan mengenangkan sikap bekas suaminya, Aidil Zafuan kerana langsung tidak mempedulikan anak-anak mereka. Aidil bukan sahaja membiarkan Rita menanggung kos pembelajaran mereka tetapi tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak-anak.

Rayyan dan Arjuna semakin membesar dan Rita tidak mahu Aidil menyalahkan sesiapa sekiranya satu hari nanti mereka tidak boleh menerima lelaki itu sebagai bapa.




Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.

Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya.



Pada pendapat kami, api berlawan dengan api sampai bila pun tidak akan menemui jalan penyelesaian. Bukan berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mungkin juga Rita dan Aidil harus mengetepikan ego masing-masing dan cubalah untuk berbaik demi anak-anak mereka. Wallahualam.


Sumber Berita : InTrend Malaysia




0 comments:

Post a Comment