Monday 30 November 2015

KANTOII Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!

Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodoh
sangat sanggup gadai maruah!! Teruk nya korang! Kalau mak bapak korang tahu, aku rasa dioarang
tak ngaku kau tu anaknya !!!

 

Bismillahirahmanirahim…….

Assalamualaikum...

Mendapat hidayah dari Allah SWT merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya....

Abu Jahal,bapa saudara Nabi SAW kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak Nabi Nuh assalatuassalam....
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah.

Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah...

Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang....

Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat...
Pertama: manakala kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah....

Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?...

Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?..

Kedua: apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah...

Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya...

Ketiga: andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan...

Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah Maha Melihat ,Maha Mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan tidur.

Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku.

Keempat: Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya” tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati”...

Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan...

Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Maut tentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat...

Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati....

Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat.

Kelima: Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk ke neraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU”.

Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya lima perkara ini sangat berat bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah... -Sumber Blog 


Sunday 29 November 2015

Al-Fatihah - Ibu Sedang Sarat Mengandung Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami.


 

REMBAU - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam nahas melibatkan dua kenderaan di kilometer 14.7, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Ladang Hentian Tinggi, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.23 pagi itu, kedua-dua mangsa, Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan isterinya, Murni Muhamat, 26, yang mengandung didapati tersepit.
Mereka berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.
Manakala, anak lelaki mangsa berusia kira-kira dua tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.
Kassim berkata, pihaknya mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan berhadapan kesukaran membabitkan kenderaan yang terbalik.
Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.
Menurutnya, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta yang dinaiki tiga beranak iaitu Proton Persona dan kereta dipandu seorang lelaki jenis Honda Civic.
"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Wow !! Perubahan Mendadak Nabila Huda Yang Amat Memeranjatkan Amy Search ! (5 Foto)

 

Terpana seketika apabila melihat perubahan mendadak penampilan diri anak perempuan lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda.
Siapa menyangka perubahan tersebut berlaku pada ketika popularitinya semakin memuncak. Tentu ramai netizen terpaksa menutup mulut dan terdiam sejenak.
Pelakon cantik yang berbakat ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini. Mari kita tengok latar belakang beliau bagi mengenali lebih dekat lagi.

Nabila Huda, manis bertudung
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Disember 1984 adalah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi pelbagai lakonan.
Nabila adalah anak sulung kepada legenda rock Amy dari kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur & Duhai Si Pari-pari dan yang terbaru dan bakal diterbitkan di AstroFirst ialah Terciptauntukku. Nabila memegang watak sebagai cikgu yang bernama Fathia. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan beliau di tv kan... - Harianmetronline.blogspot.com





Berdarah Hidung !!! Gambar Super HOT Nora Danish Belanja lurah Payudara Di Kritik Peminat Instagram !

 

Terkejut admin tadi apabila melihat foto terbaru yang diupload oleh aktress comel Nora Danish di akaun Instagramnya. 
Apa tidaknya, baju yang dipakainya terlalu s_eksi sehingga menampakkan bahagian dadanya yang putih melepak. 
Apapun, Nora tetap cantik dan menawan sekali.. hehe.. jom saksikan foto Nora dibawah.. jangan pandang lama-lama dahlah :P





Gempar!! Remaja 13 tahun dirogol dalam tandas awam di Kampar

 

KAMPAR – Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol sebanyak dua kali oleh rakan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WeChat di sebuah tandas awam, di sini.
Kejadian berkenaan terbongkar selepas bapa mangsa terbaca mesej anaknya itu.
Pelajar tingkatan satu itu menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditangkap, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada 8 November lalu dan mula keluar bersama enam hari kemudian dengan menaiki bas awam ke Kampar seawal jam 8 pagi.
“Mangsa dirogol kali pertama pada 20 November lalu selepas suspek membawa mangsa ke tandas lelaki berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, pada awalnya mangsa menolak, namun suspek memujuk dan meyakinkan bahawa dia tidak akan meninggalkan mangsa selepas kejadian itu.
Menurutnya, kejadian kedua turut berlaku di tandas sama dua hari kemudiannya ketika mereka keluar bersama dengan menaiki bas.
“Setelah laporan dibuat, mangsa dibawa menjalankan pemeriksaan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Manakala, suspek direman beberapa hari untuk jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol,” katanya - Sinar Harian




Budak Perempuan Umur 8 Tahun Hidapi Kanser Payudara

 

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun disahkan menghidap barah payudara dan perlu menjalani pembedahan mastektomi, sekali gus menjadi pesakit termuda direkodkan yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
Portal Mail Online melaporkan, Chrissy Turner yang berasal dari Utah, menyedari terdapat ketulan di dadanya pada bulan lalu.
“Kejadian itu berlaku kira-kira pertengahan bulan Oktober. Ketika itu dia datang kepada kami dalam keadaan takut selepas menyedari terdapat ketulan di dadanya,” kata bapanya, Troy kepada agensi berita ABC4 Utah News.
Pemeriksaan yang dilakukan mendapati kanak-kanak perempuan itu menghidapi penyakit barah payudara yang dipanggil secretory carcinoma.
Disebabkan penyakit itu, Turner terpaksa menjalani pembedahan membuang payudaranya.
“Pada awalnya, saya berasa takut. Namun saya tahu saya mampu melawannya dan saya berharap saya mampu menghadapinya dan sembuh,” kata Turner.
Menurut doktor, kanak-kanak itu menghidap penyakit berkenaan atas faktor keturunan kerana ibunya, Annette, pernah menghidapi barah serviks, manakala bapanya menderita kanser darah.





Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Cium Mulut Dengan BF

 

Tahniah kpd individu yg berani bertanyakan mengenai isu ini. Apapun  semua sudah maklum bahwa haram bercium mulut dgn pasangan yg belum lagi mempunyai ikatan perkahwinan. Bukan mulut jer, dahi , pipi, tangan semuanya haram bagi yang belum kahwin atau bukan muhrim . Hukum Cium Mulut Dengan Couple

- Ustaz Azhar Idrus Jelaskan





Apa perlu dilakukan - Gadis Tanpa Segan Silu Bagitau Aib Sendiri..

 

Perlukah diceritakan ?
Aib sendiri ?
Oh..Sangat memalukan & menjatuhkan maruah sendiri.. Inilah Gadis zaman sekarang, bila sudah tiada iman,keronokan yang dirasa semua nak cerita sedangkan itu aibnya sendiri.
'Sharing is caring right ?'

* Kepada pihak bertanggujawab ambilah langkah2 terbaik untuk menangani gejala ini, kepada ibubapa pantaulah anak2..





Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka

 

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



Luahan seorang mahasiswa Duit 'lesap' dipukau awang hitam

 

SHAH ALAM - ‎"Saya masih bingung, macam mana perkara itu boleh berlaku," demikian luahan seorang mahasiswa Universiti Awam di Lembah Klang, Mohd Ali (bukan nama sebenar) ketika mendedahkan kehilangan wangnya berjumlah RM2,000.

Menceritakan bagaimana insiden  itu berlaku, Ali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam,  ketika mana dia sedang mengeluarkan wang di kiosk ATM mesin di dalam universiti dia belajar.

"Ketika itu saya baru selesai keluarkan wang sejumlah RM100 untuk kegunaan peribadi, tapi secara tiba-tiba saya di datangi oleh seorang lelaki Afrika  yang bertanyakan arah untuk pergi ke perpustakaan.

"Tanpa mengesyaki apa-apa saya memberitahunya arah tersebut," katanya kepada Sinar Online semalam.
Ali berkata, selepas dia memberi pertolongan kepada lelaki ‎itu, dia pulang ke kampus penginapan.

"Selepas pulang saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya rasa saya turut memberinya wang, oleh itu bagi menyedapkan hati saya ke ATM itu semula kira-kira jam 11 malam untuk menyemak baki wang saya.

"Telahan saya tepat, saya secara tidak sedar sudah memberinya RM2,000 kerana baki wang saya menunjukan hanya tinggal RM100," katanya.

Ali berkata, dia begitu sedih dengan insiden itu, kerana dia hanya mempunyai simpanan sebanyak RM100 untuk teruskan hidup selepas ini.

Katanya, dia akan membuat laporan polis untuk memastikan tiada mangsa seterusnya.

"Kiosk di kawasan itu agak terpencil, jadi saya berharap dengan pendedahan ini tiada lagi mangsa.

"Kalau terdesak sangat hendak keluarkan wang, ajak rakan teman, jangan jadi seperti saya.

"Sekarang saya tidak tahu hendak 'ambil duit' mana, mungkin saya akan maklumkan kepada keluarga untuk meminta pertolongan,"  katanya.




Friday 20 November 2015

8 bulan jadi mangsa nafsu lelaki jahanam bila suami tiada di rumah

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.
Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.
Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.
Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.
Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.
 
 

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.
“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.
“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.
Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.
Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.
Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.
Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.
8 bulan jadi mangsa nafsu lelaki jahanam bila suami tiada di rumah
Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan).
Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.
Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.
"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.
“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.
Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.
"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.
"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.
Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.
Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.
Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.
Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.
Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.
"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.
"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.
“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.
"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.
"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.
Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.
Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.
Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.
"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.
Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.
Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.
Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.
“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.
“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.

 


“Saya punya tak cukup untuk awak ke?”

Awek mengamuk pakwe hadiahkan hadiah hari jadi pembedahan pembesaran payudara | Kerana silap membeli hadiah hari jadi, seorang lelaki ditinggalkan teman wanitanya, tetapi sebelum itu dia dipukul dan kemaluannya ditendang.
Lelaki berkenaan, Wang Chen, 26, menempah untuk kekasihnya, Wen Ting, 24, menjalani pembedahan pembesaran payudara di sebuah klinik pembedahan kosmetik, sebagai hadiah hari jadi memetik Harian Metro.
 
 

WEN menyerang kekasihnya di luar pusat bedah kosmetik.
Bagaimanapun, Wen mengamuk sebaik mereka tiba di depan klinik berkenaan.
Wanita itu berasa begitu terhina kerana payudaranya tidak cukup untuk teman lelakinya.

 


ADAKAH BENAR OBJEK DI ATAS MASJID NABAWI ITU KUBUR PENJAHAT ???

 

Betul ke apa yang di sebarkan tentang objek di atas kubah masjid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad Rasulullah atau pun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah masjid Nabawi tersebut ??

Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini :


Jadi artikel yang disebarkan di internet tentang kubur tersebut adalah tidak benar sama sekali...mungkin ada pihak yang ingin memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri...

Wallahuallam....di harap agar sesuatu perkara diselidik sebelum disebarkan !!!





PADAN MUKA !!! Insiden Malang Seorang Gadis Cantik Ketika Clubbing

 

Seorang awek berusia awal 20-an yang pergi ke kelab malam bagi menghiburkan diri bersama rakan-rakannya berakhir dengan satu insiden malang. 

Imej-imej tidak senonoh dan bajunya ditanggal oleh seseorang yang tidak dikenali dimuat naik dalam online. Dia kelihatan seolah-olah tidak sedar akan sebarang perbuatan yang berlaku ke atasnya. 

Screenshots perbualan WeChatnya dengan seorang kawan, seterusnya menerangkan apa yang telah berlaku kepada wanita tersebut. 

Wanita muda itu mengesahkan bahawa gambar-gambar itu merupakan dirinya sendiri.


"Saya diberi dadah. Saya tidak berani untuk keluar lagi. Beberapa orang teman wanita membawa saya keluar untuk berseronok tetapi saya telah diberi dadah tanpa disedari.



DULU DIA ANTARA GADIS JELITA YANG MENJADI KEGILAAN LELAKI, PASTI SUSAH NAK PERCAYA APA YANG TERJADI KEPADA DIA SEKARANG


Aksi Datin Mas Anizan Mohd Shahid, yang kelihatan macam anak dara meskipun kini sudah melepasi usia 40 tahun. Malah melalui foto terbarunya, Mas Anizan kelihatan masih aktif ke sana sini hingga sanggup terbang ke luar negara demi perniagaan.

Ibu kepada dua anak ini iaitu Mas Aliza, 19, dan Masli Danial, 13, satu ketika dulu pernah sangat 'hot' dan menjadi kegilaan ramai. Namun selepas suaminya Datuk Ali Bapoo meninggal dunia 5 tahun lalu akibat sakit jantung, dia terus berhenti berlakon.

 









PADAH RAKAM AKSI WANITA MANDI

Singapura – Seorang lelaki menerima padah apabila dia telah di pukul oleh seorang wanita sebelum ditangkap oleh pihak pengawal keselamatan kerana cuba merakam gambar wanita berkenaan mandi di tandas awam, Sentosa, Singapura.

Menurut teman lelaki wanita berkenaan, Trey Wei Zheng Phang berkata, lelaki tersebut telah menyamar sebagai wanita dengan memakai rambut palsu bagi membolehkan dia masuk ke dalam kawasan bilik mandi wanita berkenaan.

 

“Ketika teman wanita saya, Vivian sedang mandi, dia mengambil barang di bawah dan terlihat seseorang menghulurkan kamera dari bawah ruang pintu menyebabkan dia cepat-cepat membuka pintu dan memukul suspek,” ceritanya yang menyatakan suspek telah mengalami sedikit kecederaan kerana pukulan itu.

Menyedari kejadian berkenaan, orang ramai bertindak menangkap suspek apabila dia cuba melarikan diri sebelum merebahkannya ke tanah.

Selepas ditangkap dia cuba melepaskan diri dengan alasan tidak munasabah iaitu mengatakan yang dia tidak siuman.

“Kepada semua wanita-wanita diluar sana, pesanan saya elakkan memakai pakaian yang seksi, berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dengan mengambil langkah-langkah berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.”

“Jika kejadian seperti ini berlaku di Singapura, tidak mustahil ia akan berlaku ditempat lain, berhati-hatilah.


SEMAKIN PARAH !!! Cara Awek Di Malaysia Lariskan Jualan Vape (10 Gambar)

 

Sejak kebelakangan ini, rokok elektronik ataupun vape menjadi kegilaan golongan remaja di Malaysia bagi menggantikan rokok. Ia juga tidak terkecuali bagi para wanita.