KUCHING, SARAWAK - Seorang pengguna mendapati coklat yang dibelinya di sebuah pasar raya pada 24 Mac lalu mengandungi ulat. Video dan gambar yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu telah dikongsi 1,480 pengguna Facebook.
"Salam, saya nak kongsi sikit. Sekadar peringatan untuk kawan-kawan semua. Baru saja berlaku tadi, saya beli coklat ini dari sebuah pasar raya untuk anak. Selepas dia kata coklat itu ada ulat, jadi saya pun tengoklah. Memang benar ada ulat.
Posted by Dyg ImaFaleenna on Thursday, March 23, 2017"Salam, saya nak kongsi sikit. Sekadar peringatan untuk kawan-kawan semua. Baru saja berlaku tadi, saya beli coklat ini dari sebuah pasar raya untuk anak. Selepas dia kata coklat itu ada ulat, jadi saya pun tengoklah. Memang benar ada ulat.
"Jadi, selepas ini kena periksa betul-betul coklat yang dibeli. Kalau okay, baru boleh makan. Geli tengok coklat yang ada ulat itu, saya terus buang," tulis Dayang ImaFaleenna di Facebooknya.
Pada 7 November tahun lalu, kejadian yang sama juga turut berlaku pada seorang pengguna yang sempat merakam gambar ulat tersebut di dalam coklat yang baru dibelinya. - The Reporter
0 comments:
Post a Comment