Tuesday 20 October 2015

Filled Under:

[TRENDING] JOM BACA!! FESYEN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI


Bentuk Muka Dan Fesyen Rambut, Khas Untuk Lelaki Kelihatan Lebih Kacak


Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya  rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit  bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka.  Majoriti akan mahu bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan  membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut, ada yang tidak sesuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat  penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong, rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.

JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI

BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE
Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujurumumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalahberkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai  pelbagai bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda. 

Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatanbulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka  menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gayapanjang atau pendek.

CONTOH STYLE





0 comments:

Post a Comment