Tuesday, 20 October 2015

Filled Under:

WOW!! KECOH SALMAN KHAN BERTUNANG DENGAN ARTIS ROMANIA, LUNIA


BINTANG Bollywood, Salman Khan tiba-tiba menjadi perbualan hangat di India apabila dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan aktres dan hos terkenal Romania, Lulia Vantur secara senyap-senyap baru -baru ini.
Menurut sumber tertentu, pasangan ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Sementara itu, pihak pengurusan Lulia di Bucharest, Romania turut mengesahkan bahawa berita majlis pertunangan tersebut adalah benar.
01-iulia-vantur-465x390
Menerusi satu perkongsian gambar, aktres jelita itu juga kelihatan memakai sebentuk cincin dipercayai tanda pertunangannya dengan Salman Khan.
Sebelum ini, Salman Khan pernah membuat pengakuan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Lulia sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan adik perempuannya, Arpita Khan.
Salman Khan juga pernah mengeluarkan kenyataan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat memandangkan usianya kini sudah menjangkau 49 tahun.
Pasangan selebriti ini dikatakan bertemu pertama kali ketika menjalani penggambaran filem berjudul ‘Bodyguard’ pada tahun 2010 di Dublin, Ireland.






0 comments:

Post a Comment