Tidak
 dapat di nafikan bertambahnya pengguna motorsikal di malaysia semakin 
hari semakin meningkat,sebab apa,sebab ia di anggap lebih Mudah dan 
cepat sampai ketujuan  masing masing.
Perkara ini tidak terkecuali baik lelaki mahupun wanita baik pelajar 
mahupun yang pekerja,tidak hanya itu kemalangan yang melibatkan 
motorsikal lebih tinggi berbanding kemalangan kereta di jalan raya.
Bagi kaum hawa sebenarnya baik pembonceng ataupun yang di bonceng 
menaiki motorsikal sangatlah berbahaya,khususnya wanita melayu yang umum
 memakai baju kurung dan juga seluar yang panjang,sangat terdedah dalam 
kecelakaan seperti ini ,apatah lagi dalam keadaan hujan.kain yang basah 
lebuh akan sangat mudah terjerut ke celah rantai atau rim sesebuah 
motorsikal.

Kes kain terjerut dalam rantai motorsikal tidaklah terlalu kerap 
berlaku,biarpun jarang berlaku namun anda patut berhati hati karena 
apabila berlaku tanpa anda sedari dalam hitungan saat kain yang sangkut 
dalam rantai atau rim motorsikal anda tentu akan menarik anda dengan 
paksa oleh putaran tayar yang mengakibatkan anda terjatuh dan 
terseret.dalam keadaan ini kaki anda berkemungkinan besar akan terdedah 
pada satu bahaya yang sangat mengerikan.
Seperti mana yang berlaku baru baru ini dimana seorang wanita berdepan 
dengan keadaan yang sangat mengerikan apabila kainnya terjerut oleh 
rantai motorsikal yang mengakibatkan kakinya tersangkut di rim dan 
cidera.
Kejadian tidak diketahui dimana lokasi kejadian,namun perkara seperti ini patut dia ambil sebagai pengajaran.
Sebelum Anda mulai manaiki kenderaan di jalan raya, sebaiknya berdoa memohon kepada Tuhan agar selalu diberi kelancaran dan dilindungi dari segala kejadian buruk di jalan raya.

0 comments:
Post a Comment