Sebenarnya gadis ini sudah tidak asing
lagi di dalam dunia peragaan terutamanya pakaian daripada pelbagai butik
Muslimah terkemuka di Malaysia.
Yang menjadi persoalannya, betul ke doktor?
Model terkenal
Sebenarnya
Engku Sulwani merupakan model terkenal dalam bidang peragaan pakaian di
Malaysia. Antara nama-nama besar yang pernah menggunakan khidmatnya
ialah Zawara, Ariani, Tudung Ruffle, dan banyak lagi.
Kariernya
di dalam bidang seni tidak hanya terikat dengan dunia peragaan sahaja
malah bergelar duta bagi beberapa produk kecantikan dan sering kali
menghiasi majalah-majalah terkemuka seperti Nona, Wanita, Intrend dan
banyak lagi.
Pelajar perubatan & bakal doktor
Yang mana
masih tertanya-tanya lagi tu adakah gadis ini seorang doktor seperti
yang diviralkan di laman sosial, ini hasil carian kami.
Engku Sulwani merupakan pelajar perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan dalam erti kata lain, bakal doktor lah.
Pelajar cemerlang di sekolah
Bukan
calang-calang tau. Untuk pengetahuan korang, gadis ini merupakan pelajar
cemerlang disekolah dan berikut keputusannya ; UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A.
Dirinya juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kelantan.
Jadi tak hairan lah sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan bakal bergelar doktor suatu hari nanti.
Maaf, sudah berpunya
Perit untuk diterima namun itulah hakikat yang perlu ditelan oleh jejaka-jejaka di luar sana. Maaf, bakal doktor jelita ini sudah berpunya.
0 comments:
Post a Comment