Thursday 5 November 2015

Filled Under:

Gempar !! Kisah sebenar bangkai naga putih yang ditemui di Tanjung Puteri Johor Baharu TERBONGKAR!!

 

Detik Bulletin - Kecoh juga di laman media sosial hari ini dengan kisah penemuan gambar bangkai seekor binatang menyerupai naga putih yang dijumpai di apartmen Tanjung Puteri, Johor Bahru.

Gambar berkenaan tersebar meluas dengan cepat walaupun penemuan itu masih belum tentu sahih.

Menurut info yang kami terima. bangkai naga putih berkenaan yang didakwa jatuh dari langit dan sudah mati kononnya sudah diambil oleh pihak kerajaan untuk dianalisa.

Namun begitu, ia telah disahkan sebagai berita palsu yang dikitar semula. Menurut sumber beberapa info di laman sosial, imej binatang menyerupai naga putih ini pernah disebarkan di laman sesawang Twitter versi China, Weibo sebelum ini.

Individu yang memuat naik gambar ini menyatakan binatang dipercayai naga putih jatuh di laman rumahnya ketika waktu hujan.

Binatang itu ditemui selepas dia mendengar bunyi aneh seakan-akan burung menyebabkannya keluar memeriksa dan mendapati ia terdampar dalam keadaan cedera. Begitu pun, kesahihan gambar dan cerita individu ini ketika itu turut diragukan.

Selain di China, gambar sama juga pernah digunakan untuk penyebaran berita palsu lebih kurang serupa di Thailand.

Kesimpulannya, cerita tentang penemuan naga putih jatuh di Johor Bahru sebenarnya adalah TIDAK BENAR sama sekali. Sekian berita dari Detik Bulletin.

Saksikan foto-foto dibawah...












0 comments:

Post a Comment