Seorang
kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun disahkan menghidap barah
payudara dan perlu menjalani pembedahan mastektomi, sekali gus menjadi
pesakit termuda direkodkan yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
Portal Mail Online melaporkan, Chrissy Turner yang berasal dari Utah, menyedari terdapat ketulan di dadanya pada bulan lalu.
“Kejadian itu berlaku kira-kira pertengahan bulan Oktober. Ketika itu
dia datang kepada kami dalam keadaan takut selepas menyedari terdapat
ketulan di dadanya,” kata bapanya, Troy kepada agensi berita ABC4 Utah
News.
Pemeriksaan yang dilakukan mendapati kanak-kanak perempuan itu
menghidapi penyakit barah payudara yang dipanggil secretory carcinoma.
Disebabkan penyakit itu, Turner terpaksa menjalani pembedahan membuang payudaranya.
“Pada awalnya, saya berasa takut. Namun saya tahu saya mampu melawannya
dan saya berharap saya mampu menghadapinya dan sembuh,” kata Turner.
Menurut doktor, kanak-kanak itu menghidap penyakit berkenaan atas faktor
keturunan kerana ibunya, Annette, pernah menghidapi barah serviks,
manakala bapanya menderita kanser darah.
0 comments:
Post a Comment