SHAH
ALAM - "Saya masih bingung, macam mana perkara itu boleh berlaku,"
demikian luahan seorang mahasiswa Universiti Awam di Lembah Klang, Mohd
Ali (bukan nama sebenar) ketika mendedahkan kehilangan wangnya berjumlah
RM2,000.
Menceritakan
bagaimana insiden itu berlaku, Ali berkata, kejadian berlaku sekitar
jam 9 malam, ketika mana dia sedang mengeluarkan wang di kiosk ATM
mesin di dalam universiti dia belajar.
"Ketika
itu saya baru selesai keluarkan wang sejumlah RM100 untuk kegunaan
peribadi, tapi secara tiba-tiba saya di datangi oleh seorang lelaki
Afrika yang bertanyakan arah untuk pergi ke perpustakaan.
"Tanpa mengesyaki apa-apa saya memberitahunya arah tersebut," katanya kepada Sinar Online semalam.
Ali berkata, selepas dia memberi pertolongan kepada lelaki itu, dia pulang ke kampus penginapan.
"Selepas pulang saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya
rasa saya turut memberinya wang, oleh itu bagi menyedapkan hati saya ke
ATM itu semula kira-kira jam 11 malam untuk menyemak baki wang saya.
"Telahan
saya tepat, saya secara tidak sedar sudah memberinya RM2,000 kerana
baki wang saya menunjukan hanya tinggal RM100," katanya.
Ali
berkata, dia begitu sedih dengan insiden itu, kerana dia hanya
mempunyai simpanan sebanyak RM100 untuk teruskan hidup selepas ini.
Katanya, dia akan membuat laporan polis untuk memastikan tiada mangsa seterusnya.
"Kiosk di kawasan itu agak terpencil, jadi saya berharap dengan pendedahan ini tiada lagi mangsa.
"Kalau terdesak sangat hendak keluarkan wang, ajak rakan teman, jangan jadi seperti saya.
"Sekarang
saya tidak tahu hendak 'ambil duit' mana, mungkin saya akan maklumkan
kepada keluarga untuk meminta pertolongan," katanya.
0 comments:
Post a Comment