Friday 23 October 2015

Filled Under:

[JOM TENGOK] Iklan Laman Cari Jodoh Ala Bollywood Paling Epik Di India



DI zaman yang serba canggih dan moden ini, hampir segalanya terletak di hujung jari – termasuklah mencari jodoh.
Lambakan laman web mencari jodoh seperti TinderMatch.com, Grindr dan Lunch Actually, kini si bujang tidak perlu bersusah payah untuk berkenalan dengan calon teman hidup mereka secara konvensional lagi.
Namun, seperti dunia luar, alam maya juga terdapat banyak karakter yang bermacam jenis; seperti yang cuba disampaikan dalam iklan laman web janji temu online yang terkenal di India, Truly Madly.
Dalam iklan yang serius lawak ini, dua orang gadis bercerita tentang ‘creep’ atau lelaki menjengkelkan yang cuba berkenalan dengan mereka di Facebook.
Iklan berdurasi 4 minit 55 saat ini mungkin agak panjang, namun kecantikan visual serta lagu ala Bollywood yang disajikan memberikan ‘rempah-ratus’ yang cukup rasanya pada pandangan penulis.
Tontonlah klip di bawah sampai habis, kerana ada ‘plot twist’ di penghujung cerita! – MYNEWSHUB.CC





0 comments:

Post a Comment