Thursday 22 October 2015

Filled Under:

[JOM BACA] AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN


OHD Risamuddin mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta. FOTO Mohd Asri Saifudin Mamat 


Shah Alam: Ahli perniagaan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.
Mohd Risamuddin Ab Wahab, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ellyana Razali.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah iaitu patah di bahagian hidung kepada Shaheb Ali dengan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu jam 12.45 tengah hari.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car di No 30 H tingkat bawah Jalan Dinar FU3/F Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk Mohd Risamuddin membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
Ellyana kemudian mengarahkan tertuduh membayar kompaun RM5,000 kepada majikan dan mangsa pada hari ini.
Selain itu Ellyana turut memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan kepada media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka.
Mohd Risamuddin turut diperintahkan memohon maaf kepada mangsa dan majikannya di dalam mahkamah.
Video tindakan Mohd Risamuddin menampar Shaheb di premis cuci kereta berkenaan menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.
Mohd Risamuddin kemudian ditahan Ahad lalu di Damansara sebelum didakwa, hari ini. HMETRO


 Kenyataan Balas PEMILIK RANGE ROVER yang difitnah

PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan.

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook bernama Eira Irya Annuar mendakwa mengenali lelaki tersebut dan memberitahu bahawa dia memang seorang yang panas baran.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahka perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.






0 comments:

Post a Comment