Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

[INFO PENTING] FESYEN SANGGUL SIPUT BUAT RAMBUT WANITA CEPAT BOTAK


NEW YORK – Trend tatarias rambut jenis bentuk cepol atau sering disebut juga sebagai sanggul bentuk siput di bahagian atas kepala atau kini turut dikenali top knot semakin digemari oleh ramai wanita era kontemporari.
Bahkan, fesyen rambut sebegini pun digemari oleh kebanyakan lelaki yang dikenali juga dengan istilah man bun, namun, bagi yang sering mencepol rambut perlu berhati-hati, kerana tatarias itu boleh menyebabkan kebotakan.
Sanggul bulat diyakini berpotensi menyebabkan kebotakan hanya di satu tempat sahaja, apalagi apabila wanita itu sering mengikat rambut terlalu ketat. Istilah untuk jenis kebotakan semacam ini ialah traction alopecia.
Menurut Dr. Doris Day, seorang pakar kulit atau dermatologi dari New York, Amerika Syarikat (AS), situasi itu disebabkan kebiasaan menarik rambut terlalu kuat pada akar rambut yang akhirnya berlaku kerosakan kekal.
Keadaan lazim ini zaman dahulu biasanya terjadi pada golongan wanita yang suka sangat mengikat rambut mereka sehingga menyebabkan berlaku keguguran dan kebotakan rambut dalam usia 30-an atau 40-an.
“Gaya rambut cornrow atau disebut juga kepang iaitu anyaman jalinan seperti pita ketupat akan terus menjadi risiko kebotakan dan gaya fesyen rambut popular lain pun demikian bahaya,” ujar beliau dipetik portal berita AS.
Day menjelaskan, selain gaya rambut, beberapa proses penataan rambut lain pun dapat memicu terjadinya kebotakan pada satu bahagian kepala sahaja, salah satunya adalah sambung rambut atau hair extension.
Asalnya ia dibuat konon ada pandangan bahawa wanita berambut tebal dilihatnatural namun, perlu diperhatikan bahawa sambung rambut cenderung adiktif malah jika sering dilakukan akan terus menyebabkan kebotakan.
“Penari balerina juga alami traction alopecia. Menarik rambut terlalu kuat ketika diikat sebelum mengenakan penutup kepala untuk berenang juga menyebabkan hal yang sama kepada perenang,” tutur Anabel Kingsley.
Beliau yang juga pakar kulit rambut di Philip Kingsley Trichology Clinic di New York mendakwa, setiap orang dapat mengalami traction alopecia, khususnya bagi mereka yang memiliki rambut jenis yang tipis.
Ini kerana ujar Kingsley, rambut yang agak tipis cenderung untuk menjadi lebih lemah sehingga tidak boleh menutup kemungkinan mudah terjadi kerosakan, keguguran atau langsung kebotakan pada akhirnya.
“Untuk cegah traction alopecia, sebaiknya sering ganti tatarias rambut selain kurang pemakaian ikat rambut atau menata dengan cara sanggul. Jika sakit kepala, barangkali rambut anda ditarik terlalu kuat,” jelas beliau.





0 comments:

Post a Comment