Friday 14 August 2015

Filled Under:

[WAJIB TENGOK] Video: Wanita Ini Mampu Tewaskan Lelaki Dalam Permainan DOTA

 
NAMPAKNYA, permainan atas talian DOTA 2 yang majoritinya diminati oleh golongan lelaki kini telah mula menular kepada golongan wanita.

Kenali Nurul Zayani, seorang gadis yang mula menceburi bidang permainan dalam talian sejak 2013.

Pada mulanya, Zayani atau lebih mesra dipanggil Yani hanya menjadikan permainan DOTA ini sebagai aktiviti pada masa lapangan.

Namun setelah mengenali tunangannya, Fareez, yang juga merupakan seorang pemain DOTA, beliau terus menjadikan hobi tersebut sebagai aktiviti hariannya.


 

Beliau menjadikan hobi ketika bertemu rakan-rakannya dan sedikit sebanyak mempelajari ilmu permainan ini dengan lebih mendalam.

Menurut Yani, bukan tidak boleh golongan perempuan bermain permainan di dalam talian, cuma perkara seperti pengurusan masa dan tanggungjawab sebagai seorang wanita itulah aspek terpenting.

“Harapan saya kepada golongan perempuan yang bermain DOTA, jangan lupakan kehidupan anda juga, jangan lupakan tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang isteri.

“Juga seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan jangan lupa untuk menguruskan masa dengan sebaiknya,” ujar Yani.

Buat anda yang tidak mengenali permainan ini, ia merupakan susulan daripada permainan Defense Of The Ancients (DOTA) pada Warcarft III: Reign of Chaos dan The Frozen Throne.

DOTA 2 merupakan permainan video di dalam genre yang lebih dikenali sebagai ‘MMORPG’ (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game).

Elemen MMORPG ini membolehkan sekumpulan pemain berinteraksi antara satu sama lain dalam dunia maya dan mengawal watak dalam permainan.

Melalui pengalaman kami sendiri yang merupakan ‘tahi gamers’, permainan DOTA 2 ini seolah-oleh boleh ‘merasuk’ sesiapa sahaja yang memainkannya.

Kami pernah mencampakkan telefon pintar kami sendiri akibat daripada bunyi bising yang seterusnya mengganggu konsentrasi ketika bermain DOTA.

Apa-apa pun, permainan dalam talian dunia maya ini adalah sebaiknya dikurangkan kerana ia sememangnya akan membuatkan anda ketagih dan seterusnya leka di dalam urusan kehidupan.

Serta tahniah juga diucapkan kepada kumpulan pamain DOTA, Evil Genius daripada Amerika Syarikat kerana baru-baru ini menjuarai kejohanan peringkat dunia DOTA 2 The International 2015. -MYNEWSHUB.CC 

Perempuan Bermain DOTA? Jom dengar apa kata mereka by mynewshub




0 comments:

Post a Comment