Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fatwa daripada Ilmuan Mesir, Usama
Al-Qawsi yang menyatakan halal bagi seseorang lelaki mengintai tunang
mereka dalam keadaan sedang mandi.
Fatwa ini diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.
“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).
Atau dalam erti kata yang lain, hadis ini menerang secara zahir bahawa
adalah halal untuk si lelaki melihat aurat tunang mereka selagi tidak
melihat kemaluan hadapan dan belakang gadis itu secara terang-terangan.
//
Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu pasti akan ada percanggahan
daripada ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut
yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah
seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata
seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.
Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO
(ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya
memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi
hadis yang sah dan Al-Quran.
Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak
menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan
wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara
lebih mendalam.
“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.
Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen
bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak
mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.
Jadi dah jelas kemusykilan anda mengenai perkara ini, jangan lepas ini
gatal-gatal pula nak pergi mengintai tunang mandi pula ya! – MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment