CHINA: Seorang wanita dari telah mengalami tekanan yang amat dasyat dalam hidupnya apabila telah pustus cinta dengan teman lelakinya yang membuat keputusan berkenaan melalui aplikasi Wechat.
Dia yang berasal dari Guandong telah menerima pesanan untuk meminta putus teman lelakinya yang sedang berada di Hong Kong melalui aplikasi itu menyebabkan beliau melakukan sesuatu yang agak pelik.
Mana tidaknya dia dilihat telah tidur di atas jalan dan kaki lima dengan melakukan perbuatan pelik seperti seorang kanak-kanak yang sedang merajuk dan 'mengamuk' di tengah-tengah jalan Tsim Sha Tsui yang dipenuhi orang ramai.
Kerana aksi dan gelagatnya melambung-lambungkan kakinya sambil terbaring di atas jalan seperti kanak-kanak itu menarik perhatian orang ramai untuk merakam kejadian tersebut.
Di dalam video itu dia melakukan aksi berkenaan sambil berkata “26 tahun ! Dalam mimpi saya nampak kamu! Walaupun saya di sini tapi jiwa saya di rumah, cinta hati saya di rumah,” jerit wanita itu.
“Saya kata jangan ganggu saya, mengapa kamu ganggu saya. Saya mahu tangisinya. Tuhan! Bantu saya.
“Sesiapa tolong pukul saya sampai mati. Saya sudah kenal dia 26 tahun! Kamu semua faham tak? Kamu semua tak guna,” teriaknya lagi.
Orang ramai yang melalui kawasan tersebut cuba memujuknya tetapi tidak berjaya dan menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pihak keselamatan untuk meredakan keadaan tersebut. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment