West Palm Beach, Florida - Satu pasangan suami isteri dihadapkan ke
mahkamah kerana menjadikan seorang budak perempuan berusia 13 tahun
sebagai hamba s ks mereka serta mengurung mangsa dalam rumah, terasing
dari dunia luar selama lima tahun.
Rob Johnson, 44, dan isterinya, Marie Johnson, 43, dari Port St Lucie,
Florida, mengambil budak itu ketika dia berusia 13 tahun tinggal bersama
mereka selepas ibunya meninggal dunia.
Menurut Jabatan Polis St Lucie Port, pasangan itu yang ditahan Selasa
lalu, kemudian memberitahu mangsa bahawa dia hanya boleh menjadi
sebahagian daripada keluarga itu jika melakukan hubungan s ks dengan
mereka.
Mangsa yang kini berusia 21 tahun memberitahu polis dia dipaksa
memanggil Rob sebagai ‘Guru’ dan Marie menolaknya ke dinding sambil
mencekak lehernya sehingga dia bersetuju memenuhi permintaan s ksual
mereka.
Dia juga dipukul apabila dia gagal mengikut arahan pasangan itu atau
melaksanakan tugasnya sebagai hamba s ks sehingga berusia 18 tahun.
Menurut polis, Rob Johnson mengadakan kelas setiap Ahad di rumah mereka
menggunakan kitab Injil Perjanjian Lama untuk mewajarkan tindakan
mereka.
Mangsa mengikuti pelajaran di rumah, tidak dibenar menggunakan telefon
dan dipaksa mengikut apa yang dilatih ketika berjumpa doktor mengenai
aktiviti s ksnya.
Mangsa hanya berjaya meninggalkan rumah itu selepas neneknya membelikan
tiket kapal terbang ke Ohio dan selepas tiga tahun, kisahnya terbongkar.
Pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin $60,000 (RM240,000) setiap seorang. - AP
0 comments:
Post a Comment