Pada waktu senja yang hening, terlihat seorang wanita penzina berjalan-jalan terhuyung-hayang dengan pakaian yang serba hitam yang menampakkan keadaannya yang berdukacita.
Tudungnya hampir menutup wajahnya dengan tanpa berdandan kemas maupun bersolek walaupun wajahnya ayu, kulit putih bersih dan mempunyai susuk tubuh pinggangnya ramping namun semua tidak dapat membahagiakan hatinya.
Dia melangkah mendekati kediaman Nabi Musa as sambil perlahan-lahan mengetuk pintu dan memberi salam. Setelah dipelawa masuk oleh Nabi Musa dengan langkah yang longlai dengan kepala tunduk memandang ke tanah. Wanita itu pun menyatakan bahawa perkerjaannya sebelum ini adalah sebagai wanita penzina atau lebih dikenali wanita pelacur.
Setelah berzina dia telah hamil anak luar nikah atau anak haram lalu dibunuhnya anak luar nikah itu. Wanita pelacur itu ingin benar-benar bertaubat dengan nama 'Taubat Nasuha" Namun, hal ini telah mendatangkan kemarahan Nabi Musa as apabila mengetahui hal itu, lalu dia diusir keluar.
Hal ini menyebabkan Malaikat Jibrail as telah bertanya : "Mengapakah mengusir wanita yang benar-benar mahu bertaubat? Tidakkah engkau tahu dosa apakah yang lebih besar daripada berzina dan membunuh itu?
Hal ini menyebabkan Nabi Musa as ingin mengetahui hal itu hal bertanya lagi:"Dosa apakah yang lebih besar daripada membunuh dan berzina itu?"
Lalu Malaikat Jibrail as menjawab dengan tegas:" Bahawa sesungguhnya dosa yang lebih besar daripada zina dan membunuh itu ialah "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa rasa menyesal. Orang ini lebih besar dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."
Mendengar penjelasan Malaikat Jibrail as ini Nabi Musa as memanggil kembali wanita penzina itu dan memohonkan ampun atas segala dosa-dosanya kepada Allah Swt.
Nabi Musa menyedari bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu atasnya serta memandang remeh atas perintah Allah Swt, bahkan seolah-olah menganggap Allah tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat itu menyesali perbuatan dosa-dosanya yang lalu dengan bersungguh namun dia mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah Swt itu berhak ke atasnya. Malah dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia telah kafir terang-terangan." (HR at-Thabarani)
"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya berbanding dengan orang yang membakar 70 buah al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat maka kemudian dia mengqadanya. Maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia."
Al-Ghazali berkata:"Jika ada orang berkata, bahawa dia telah mencapai satu tingkat di sisi Allah Swt sehingga dia tidak wajib solat maka tidak ragu dibunuh orang itu dan membunuh orang seperti itu lebih afdal daripada membunuh 100 orang kafir. "
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:"Tidak sah berkahwin dengan awanita yang meninggalkan solat tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripda berkahwin dengan wanita yang meninggalkan solat."
Demikianlah kisah Nabi Musa as dengan wanita penzina . Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul rasa untuk melaksanakan kewajiban solat dengan sebaik-baiknya.
0 comments:
Post a Comment