Wednesday 19 August 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] Wanita Disaman Ambil Gambar Kereta Polis Salah Parkir



Sepanyol – Jangan cuba ambil gambar kenderaan polis sembarangan, nanti buruk padahnya. Itu yang berlaku kepada seorang wanita yang disaman sebanyak £570 selepas merakamkan gambar polis meletakkan kenderaan di tempat orang cacat.

Wanita itu berjaya dikesan dalam masa 48 jam selepas merakamkan gambar terbabit dan kemudiannya memuatnaik dalam Facebook.

“Letaklah kereta di mana pun dan anda tidak akan disaman,’’ demikian kapsyen dalam Facebook terbabit.

Namun dia berdepan dengan saman kerana berdasarkan undang-undang di negara itu, penggunaan imej polis tanpa kebenaran adalah dilarang.

Ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan mereka dan keluarga masing-masing selain kemudahan yang dilindungi atau operasi yang dijalankan.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, anggota polis terbabit sedang mengendalikan kes vandalism di taman berhampiran bandar Petrer, Alicante.

Mengenai saman yang dikenakan itu, jurucakap tersebut memberitahu, mereka menyifatkan wanita terbabit `menyerang’ kehormatan mereka. - MYNEWSHUB




0 comments:

Post a Comment