Thursday 29 October 2015

Filled Under:

[TERKINI] 30 Gambar sekitar pengkebumian 4 kanak-kanak orang asli SK Tohoi


30 Gambar sekitar pengkebumian 4 kanak-kanak orang asli SK Tohoi

Bulettin Berita- Pada 23 Ogos lalu, negara digemparkan dengan berita kehilangan 7 orang kanak-kanak orang asli di mana mereka dikatakan bersembunyi kerena tidak berani pulang ke sekolah selepas mandi di sungai berdekatan kerana takut dimarahi guru.

#Namun, kesemua mereka dilaporkan hilang dan pihak berkuasa telah melancarkan operasi pencarian besar-besaran dan akhirnya selepas 50 hari mereka berjaya menjumpai rangka mayat Juvina David, 7, yang membawa kepada penemuan 5 orang kanak-kanak lain di mana 4 orang terkorban dan dua orang selamat manakala seorang masih belum dijumpai iaitu Sasa Sobrie, 8 tahun .

#Semalam, empat jasad yang ditemui di Sungai Perias di sini selamat dikebumikan dalam sebuah kubur di Kampung Penad berhampiran Pos Tohoi.

#Empat jasad itu berupa dua mayat dan dua rangka milik Ika Ayel, 7, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7.

#Pihak keluarga telah menuntut mayat anak masing-masing di Bilik Mayat Hospital Gua Musang (HGM) pukul 10 pagi dan bertolak ke Kampung Penad kira-kira 100 kilometer dari Bandar Gua Musang dengan menggunakan empat kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pembalakan.

#Kenderaan yang membawa empat mayat itu turut diiringi 20 kenderaan lain yang memuatkan anggota keluarga mangsa. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Ramlan.

#Keempat-empat mangsa dikebumikan secara serentak mengikut adat Orang Asli suku Temiar di Kampung Penad pada pukul 2 petang. Al-fatihah kepada semua keluarga mangsa. semoga tabah menghadapi dugaan Tuhan.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis pengebumian.

***Dilarang keras menurunkan komen bersentimen agama, hormati adat dan kepercayaan mereka.


































0 comments:

Post a Comment