Mengimbas kembali kejadian tersebut, Fadzilah mendakwa, kejadian sama
pernah dilakukan suaminya namun dia tidak memberitahu kepada sesiapa.
Tetapi insiden yang terbaru ini merupakan yang paling teruk,
mengakibatkan Fadzilah terpaksa membuat laporan polis terhadap si suami
yang berusia 59 tahun.
Memetik kenyataannya di laman portal MStar Online, “Dia begitu agresif.
Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan
memijak kaki, tangan dan muka.”
Sepupu Fadzilah bertindak menghantarnya ke Hospital Kangar sehari
selepas kejadian selepas dia tidak dapat menanggung kesakitan yang
ditanggung.
Dia yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji, Perlis kemudiannya
membuat laporan polis di Arau pada keesokkan hari, dan dihantar ke
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah oleh sanak saudara.
Menurut Ketua Polis Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes
tersebut sedang disiasat dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini.
Ujarnya kepada MStar Online,”Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan
dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan
mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu,”.
0 comments:
Post a Comment