#ENTAH di mana silapnya, sekeping gambar yg memaparkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor jalan ‘mendahului’ suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad lepas menjadi viral & bualan hangat netizen di laman sosial....
#Hanya gara-gara salah faham gambar tersebut, ramai membuat kesimpulan mendakwa Rosmah merupakan isteri yg ‘bossy’ sehingga suaminya terpaksa berjalan di belakang....
#Menjawab segala tomahan & kritikan tersebut, Datuk Rizal Mansor selaku pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan situasi sebenar perihal gambar tersebut.....
#Menurut Rizal, Rosmah terpaksa berjalan dahulu di hadapan kerana tempat duduk beliau berada di sebelah dlm.....
#“Datin Seri Rosmah jln di depan Datuk Seri Najib… cuba tengok susunan tmpt duduk… mcm pergi tengok wayang, siapa yg duduk sebelah dlm masuk dulu.....
#“Tempat duduk & kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut je lah…,” tulis Rizal di laman Facebook....
#Selain itu, Rizal turut menjelaskan satu lagi gambar yg memperlihatkan Rosmah seolah-olah satu-satunya isteri ketua pemimpin yg hadir pada sambutan tersebut.....
#Demi memuaskan hati ramai, Rizal berkongsi gambar lain yg menunjukkan ketua negara & kerajaan lain turut diiringi oleh isteri-isteri masing-masing.....
#“Datin Sri Rosmah satu-satunya isteri ketua negara yg hadir?
#“Anda tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni.. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam & New Zealand pn bawak.. daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawak pasangan masing-masing.. pastu Isteri PM Singapura pn ada..,” tulis Rizal lagi....
#Dlm pada itu, Rizal turut meluahkan pendapatnya tntg banyak lagi benda lain yg lebih penting, namun beliau terpaksa menjelaskannya sebab ramai tlh memainkan perkara tersebut......
0 comments:
Post a Comment