Friday 14 August 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] (GAMBAR) Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Wartawan Harakah

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan bekas anggota kumpulan pop Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria sebentar tadi.
Pasangan ibarat merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 3.30 petang pada Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari bertempat di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur.
Abby Abadi dan suami, Faizal atau mesra disapa Jai dinikahkan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Manan Tadin.
145
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki.
Antara rakan artis yang turut hadir dalam majlis pernikahan itu adalah rakan beliau daripada kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.
Majlis resepsi pasangan ini dijangka berlangsung pada Ahad ini di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini bersama aktor kacak, Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar.
Hasil perkahwinan bersama Norman, mereka dikurniakan tiga orang anak.
Jai yang juga seorang duda beranak tiga dikatakan berkenalan dengan Abby sejak tiga tahun lalu.
Sekalung tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby Abadi dan Jai.
– SUMBER MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment