#Program Da'i musim ketiga mendapat kritikan ramai apabila dikatakan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya dijaga di dalam adab pergaulan....
#Pandangan seorang pengguna Facebook, Emmelynn Amal Alyn, yang mengkritik program itu disokong oleh ramai pengguna Facebook yang lain....
#"Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi.", tulis Emmelynn....
#Emmelynn juga memberikan beberapa perkara yang dilihat tidak kena dalam program tersebut. Antara satunya adalah sesi luahan cinta yang tidak kesampaian....
#"Saya puji dengan inisiatif pihak tv3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah...:
#1. Batas-batas pergaulan tak dijaga...
#2. Wargame lelaki perempuan...
#3. Pumping lelaki perempuan sekali...
#4. Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame...
#5. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak...
#6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian...
#7. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda....
#Sambil menyifatkan episod pertama program itu sudah menjelekkan, Emmelynn turut memberi nasihat kepada pihak TV3 supaya sedar dan membuka mata akan perkara itu selain menyeru peserta Da'i 3 supaya lebih lantang menyuarakan pendirian terhadap hal-hal sebegini....
#"Saya mohon pada pihak tv3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da'i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri....."
#"Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab...?"
#"Mohon sama pihak tv3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri....."
#"Mohon sama peserta da'i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal hal begini kerana in the end antum la yang akan menjadi ikon remaja--kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da'i..."
#"Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktivit antara lelaki dan perempuan...."
#"Cukup cukuplah wahai tv3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek!", tulisnya panjang....
#Kritikan dari Emmlynn telah dikongsi oleh netizen yang sependapat dengannya. Setakat ini, status itu dikongsi sebanyak 2,429 kali....
ASTROLLAWATNI
0 comments:
Post a Comment