Tuesday 18 August 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] VIDEO: Trend Zikir Sambil Goyang Badan Tidak Dilarang?








PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata secara asasnya tiada larangan terhadap perbuatan melakukan zikir sambil menggoyangkan badan. Beliau bagaimanapun berkata, zikir yang dilakukan haruslah tidak keterlaluan – sehingga ia boleh menghilangkan matlamat zikir, iaitu untuk mengingat, mendekatkan dan menambah ketakwaan kepada Allah. Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas isu zikir sambil ‘menari’ yang dilakukan oleh sebuah kumpulan qasidah dan zikir yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp. Namun ujar beliau, perkara penting yang harus diambil perhatian ialah apa yang dilakukan tidak bersifat keterlaluan kerana dalam agama, apa sahaja yang bersifat melampaui batas adalah ditolak. Beliau bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini pada Isnin. – BERNAMA






0 comments:

Post a Comment