Ujar beliau, beliau tidak mahu perkara ini menjadi polemik berterusan dan identiti mereka yang terlibt harus didedahkan agar rakyat tahu kedudukan perkara yang sebenar.
Sebenarnya, pendedahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengenai komplot untuk menggulingkan kerajaan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Mengikut sumber yang boleh dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin masih lagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.
Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini yang turut melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.
Dengan isu-isu semasa IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha menyerang secara terbuka terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mempertikaikan banyak perkara, diluar dari lingkup tugas beliau selaku Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Perkara ini semakin jelas sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 yang lalu.
Terdapat desas desus yang mengatakan telah ada usaha gerakan ahli
Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuat undi tidak
percaya terhadap Perdana Menteri melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober
2015.
Selain daripada itu, terdapat satu cara lagi iaitu dengan mengumpulkan tandangan Ahli Parlimen yang terlibat untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung.
Menurut sumber ini lagi, melalui seorang Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di sebuah negeri, pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.
Menurut sumber terdapat 20 orang Ahli Parlimen yang dikenal pasti menyertai komplot ini termasuk Datuk Nurjazlan Mohamed yang sebelum ini adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Untuk senarai 20 nama yang disebut oleh sumber berkenaan dan telah dikenal pasti, korang boleh tengok di laman ini: Blog Kertassputih
0 comments:
Post a Comment