kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu tempat
bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua... memang cantik...
#Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di
kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan)
ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di
kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ”
Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari Syurga.....
#Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi
beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para
sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya
sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah
Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat
yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.....
#Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang
berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia
bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ”
inilah Syurga.”......
#Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah,
lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan
hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang
wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu
di dunia ini......
#Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?....
#Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”....
#Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di
sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.....
#Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”.....
#Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana.”.....
#Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai
dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang
pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang
tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul
Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk
saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu
dulu, saudara belum syahid lagi!”.....
#Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia
menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu
dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.
Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.......
#Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah
SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah
hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka
bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang
syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan
benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut......
0 comments:
Post a Comment