INILAH harga yang perlu dibayar oleh selebriti popular.
Apa sahaja yang mereka lakukan, pantas mendapat perhatian daripada semua
orang termasuklah daripada peminat dan juga mungkin daripada haters
mereka.
Baru-baru ini, nama Nora Danish kembali menjadi perhatian apabila aktres
comel ini dikatakan memakai lambang Freemason ketika bercuti di pulau
peranginan Bali.
‘Berang’ dengan tuduhan tersebut, Nora menulis komen di ruangan
Instagramnya: “Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Google Freemason
punya lambang! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah.”
Jarang Nora ‘mengamuk’, mungkin kali ini dia dah tak tahan dengan
tohmahan orang luar yang sering kali memberi pelbagai label dan gelaran
kepadanya.
Sabar je lah Nora, anggaplah ini sebagai asam garam kehidupan seorang
yang dikenali ramai apatah lagi Nora merupakan Ratu Instagram Malaysia.
Pastinya, apa yang sahaja yang dimuat naik olehnya akan menjadi bual bicara masyarakat kita. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment