Monday, 20 March 2017

Filled Under:

'Cinta Itu Buta' Lelaki 24 Tahun Nikah Janda 67 Tahun Kerana Cinta


MADIUN, INDONESIA - Seorang pemuda berusia 24 tahun menikahi seorang wanita berusia 67 tahun di Desa Nampu, Kecamatan Gemarang, Kabupaten Madiun, cetus perbualan hangat netizen di negara itu, lapor Madiun Pos.

Rokim, 24, dan Tampi Tompo, 67, melangsungkan perkahwinan secara sederhana di rumah pengantin perempuan di Desa Nampu pada Khamis 16 Mac 2017 lalu.

Ketika ditemui media tempatan, Rokim mengaku telah bernikah Tampi, yang sebelum itu berstatus janda.

"Saya bernikah dengannya kerana cinta dan rasa belas kasihan. Saya sudah mengenali Tampi sejak saya masih berusia 16 tahun. Namun, rasa cinta itu muncul baru setahun yang lalu.

"Saya kasihan melihat dia hidup sebatang kara. Untuk itu saya menikahinya," katanya.

Meskipun jarak usianya jauh muda berbanding Tampi, namun dia mengaku dia tidak malu mengahwini janda itu. Malah mengakui tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan lain.



Sementara itu, Tampi mengaku dia berasa amat bahagia setelah dilamar Rokim. Hidupnya kini lebih tenang dan bahagia kerana ada lelaki yang mahu bertanggungjawab terhadap hidupnya.

"Sebelum ini saya sudah pernah berkahwin dengan seorang lelaki berasal dari Ponorogo, tetapi dia telah meninggal dunia beberapa belas tahun yang lalu. "Saya tidak mempunyai anak dengannya kerana saya mandul," katanya.

Tampi juga berkata, berkemungkinan besar dia tidak akan memiliki zuriat dengan Rokim.

Difahamkan, keluarga Rokim bersetuju dengan pilihan pemuda itu lalu menghantar rombongan meminang Tampi yang seterusnya membawa kepada perkahwinan pasangan berkenaan dengan mas kahwin Rp50.000 (RM16.64). Manakala, hanya Rp10 juta (RM3,328) dibelanjakan untuk majlis perkahwinan mereka.

Sebelum dipinang oleh keluarga Rokim, Tampi berterus terang bahawa dia bukanlah janda yang kaya dan tidak memiliki banyak harta.

"Majlis dibuat secara sederhana dan tak mengundang ramai orang. Tetapi pernikahan kami diketahui banyak orang dan banyak jiran yang datang. Duit Rp10 juta itu adalah duit saya dan Rokim yang digunakan untuk menyediakan makanan untuk dihantar pada tetamu dan jiran," katanya yang bekerja sebagai tukang urut. - The Reporter

 




0 comments:

Post a Comment