Tuesday 21 March 2017

Filled Under:

'Rasa tak boleh nak bernyawa, serba tak kena nak duduk nak baring'



Assalamualaikum. Baiklah, ramai yang minta saya jelaskan kenapa dan kenapa. Saya mulakan cerita ya.

Saya memang tak ada sakit apa-apa sebelum ini, sihat seperti biasa. Sewaktu saya dok relax-relax petang itu, tiba-tiba saya sesak nafas sampai berdiri pun tak boleh, nak tunduk pun tak boleh. Jadi, minta kawan tolong hantarkan pergi ke klinik. Doktor kata otot dan urat tegang. Jadi dia beri saya suntikan.

Bangun pada keesokan harinya, keadaan saya masih tak baik juga. Jadi, saya ingat nak berurut saja. Malam kedua pun berurutlah tapi keesokannya hasil masih sama juga.

Selepas tengah hari, pergi klinik di Batu Pahat. Doktor kata, "Encik kena pergi hospital, saya buat surat dan encik masuk emergency terus."

Maka pergilah ke Hospital Pantai. Masuk-masuk terus doktor buat x-ray. On the spot keluar x-ray, dia suruh standby untuk operate dada. Ditebuk satu lubang untuk keluarkan udara lebih di paru-paru. Semalaman duduk di ICU.

Doktor kata, biasanya dalam dua hari dah selesai masalah, tetapi ini tidak. Jadi, buat x-ray sekali lagi, buat imbasan CT. Tup-tup, doktor kata paru-paru sudah bocor, perlu dibedah dan dihantar pergi ke MMC Melaka.

Sampai Melaka esoknya, terus buat major operate yang mengambil masa lebih kurang lima jam. Paru-paru saya dipotong sedikit sebab lubang dah banyak dan bahagian itu tak berfungsi lagi.

"Berhenti merokok, sebab paru-paru awak nanti boleh jadi seperti karbon, lama-kelamaan akan hancur," nasihat doktor.

Jadi, siap operate ada dua tiub dimasukkan ke dalam badan saya.


Ini merupakan sebahagian paru-paru yang telah diptong dan dikeluarkan kerana sudah tidak berfungsi lagi.

Di sini saya nak ceritakan kisah selepas pembedahan di mana saya tidak dapat menarik nafas dalam-dalam dan masih menjalani rawatan fisio atau senaman nafas yang betul bagi membolehkan paru-paru saya kembali berfungsi seperti sediakala.

Kepada para perokok di luar sana, cuba anda bayangkan. Saya tak boleh tidur lebih dari dua jam untuk sekali lelap. Sebab kalau terlebih, saya akan mengalami satu kesakitan yang teramat sangat ketika tersedar dari tidur kerana semasa tidur, paru-paru kita hanya melakukan pergerakan yang paling minima. Dan apabila hendak menarik nafas seperti biasa, akan terasa satu keperitan seperti luka kemalangan yang diperah dengan jus limau. Ini bukan tipu, saya yang mengalaminya.

Jadi kepada para perokok, anda bayangkan setiap hari anda akan berasa takut untuk tidur.

Saya bagi tips sikit kalau-kalau ada yang terkena seperti saya akan datang. Anda perlu tidur duduk agar tidak terlalu nyenyak. Itulah yang saya lalui untuk masa ini.

Semoga ia memberi sedikit sokongan untuk korang untuk berhenti merokok.  





0 comments:

Post a Comment