Bercakap kepada sebuah laman portal Wan Salim berkata, tindakan wanita itu yang juga seorang aktivis dalam mempersoalkan tentang kewujudan tuhan jelas menunjukkan beliau seorang yang cetek ilmu tentang Islam dan boleh menjurus ke arah murtad.
“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya seperti dilaporkan.
Wan Salim berkata, beliau menyarankan agar Siti Kasim kembali ke jalan dengan mendalami pengajian akidah Islam.
“Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” ujarnya.
Beliau berkata, Siti Kasim mungkin terpengaruh dengan sesetengah pandangan barat yang sudah hilang kepercayaan terhadap agama.
“Bagi mereka agama tidak boleh selaras dengan perkembangan sains, tapi kita dalam Islam, semakin majunya sains, makin dapat dibuktikan kebenaran Islam, termasuk dari sudut kepercayaan.
“Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi.
“Mungkin Siti Kasim dipengaruhi suasana rumah tangga semasa kecil dan sebagainya, sebab itu kita kena simpati kepada orang seperti ini.
“Kita kena bimbing dia ke jalan yang benar, tapi terpulang kepada dia setelah kita usaha dia tidak terima apa boleh buat, yang penting kita tidak beremosi dan tangani benda ini dengan bijaksana,” katanya. – MalaysiaGazette
0 comments:
Post a Comment