Thursday 1 December 2016

Filled Under:

Akibat Poyo Terima Padah Iphone 6S Kena Hempuk


Seorang penunggang motosikal berjaya membalas dendam selepas dia mendapati pemandu kereta biadab itu tidak menyedari telefon bimbit dan dompetnya diletakkan di atas kereta sebelum tercicir di jalan raya. 

Video dirakam oleh penunggang itu menunjukkan dia membaling dompet itu ke dalam kereta lelaki berkenaan. Namun apabila lelaki itu menghinanya, dia dengan sengaja menjatuhkan telefonnya ke jalan raya. 

Berdasarkan video, pemandu berkenaan keluar secara melulu dari stesen minyak tanpa menyedari dompetnya yang diletakkan di atas kereta terjatuh. 

Penunggang berkenaan yang berada di belakangnya berhenti dan mengambil dompet itu sebelum cuba memulangkan dompet tersebut. 
Penunggang itu cuba mengejarnya dan membunyikan hon agar lelaki itu memberhentikan keretanya. Malangnya, lelaki itu telah menunjukkan isyarat lucah terhadap penunggang motosikal berkenaan. 

Terkejut dengan kelakuan pemandu itu, dia sekali lagi mengejar pemandu berkenaan dan memaklumkan bahawa dompet milik lelaki itu terjatuh. 

Menyedari dompetnya di tangan penunggang berkenaan, lelaki itu memberhentikan keretanya dan berkata "Thank you so much bro,". 

Namun sudah terlambat apabila penunggang berkenaan membaling dompet itu ke dalam kereta. Malah, telefon milik lelaki itu juga 'dipulangkan' dengan menjatuhkannya di jalan raya sebelum dia memecut meninggalkan lelaki tak guna itu. - The Reporter





0 comments:

Post a Comment