Tuesday, 15 December 2015

Filled Under:

AKHIRNYA FATHIA LATIFF BAKAL MENDIRIKAN ALAM PERKAHWINAN BERSAMA DENGAN SEORANG PELAKON KACAK

 


TAHUN lalu, kekasih Fathia Latiff iaitu Aiman Hakim pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mahu menjadikan Fathia sebagai isterinya.

Akui Fathia ketika itu, dia memang gembira dengan perkhabaran itu, namun sehingga kini, kenyataan itu masih belum direalisasikan lagi oleh pasangan ini.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, setakat ini hubungan mereka belum lagi mahu ke arah perkahwinan.



“Ucapan itu memang pernah diungkapkan, tetapi selagi tiada persediaan dilakukan, menyebabkan saya mahu fokus dahulu pada kerjaya.

“Impian untuk ke arah perkahwinan itu memang ada, bagaimanapun sehingga kini belum dijodohkan lagi untuk ke arah itu.

“Sejujurnya memang saya mahukan ke peringkat itu (kahwin), kerana hubungan kami juga sudah masuk empat tahun.

“Justeru itu, saya tidak mahu bazirkan masa jika akhirnya tiada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada sidang media teater Bawang Merah Bawang Putih, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Fathia akui kesibukan mereka berdua juga penyebab hasrat itu masih belum tertunai.

“Masing-masing sibuk. Ketika saya kerja, dia tak kerja, bila dia kerja, saya pula tidak kerja. Justeru,  masa untuk duduk bersama merancang ke arah perkahwinan tidak ada.

“Saya juga jenis yang sukakan kerja, seperti wanita bekerjanya. Oleh itu untuk terjadinya perkara itu (perkahwinan) memang saya akui agak sukar ketika ini,” katanya.

Pelakon drama Diandra ini memberitahu yang dirinya sebolehnya mahu mengelak berlakunya seperti rakan artis lain di mana hubungan mereka putus di tengah jalan.

“Saya tidak mahu jadi seperti itu, jika saya dah suka seseorang, saya nak orang itu pun serius dengan saya. Namun belum masanya lagi. Buat masa sekarang saya suka bekerja. Apa sahaja tawaran kerja saya akan sambar.

“Keluarga tidak terlalu mendesak untuk saya ke peringkat itu, walaupun usia saya kini sudah sepatutnya mendirikan rumah tangga,” katanya.

SUMBER : Petikan dari SINAR ONLINE






0 comments:

Post a Comment