Friday, 16 October 2015

Filled Under:

[TIPS] 9 Cara Mudah Mencegah Kegemukan

 

Ada pelbagai jenis panduan bagi mencegah kegemukan. Saya percaya 9 cara mudah ini merupakan pilihan terbaik yang boleh diikuti oleh para dieters di luar sana. Cuba jangan tidak cuba tahu. Mungkin ada yang menganggap pil kurus adalah cara paling mudah, tetapi kita tidak mahu kurus dengan mengalami kesan sampingan bukan? Biar lambat asalkan selamat. Yang penting, saya nasihatkan agar kita kenal pasti masalah yang mengakibatkan kepada kegemukan dan bukannya semberono mencuba pelbagai ubatan tanpa sebarang kerisauan.

1. Jangan makanan yang digoreng
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Begitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak/dikukus, jangan yang digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang.

2. Kunyah perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan menyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak. Nasihat lama yang masih boleh diikuti, kunyahlah makanan setidaknya 32 kali sebelum menelannya.

3. Ambil sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit mungkin ke dalam pinggan Anda. Tambah sedikit demi sedikit bila masih lapar. Cara ini dilakukan agar Anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.

4. Tinggalkan meja setelah selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindarkan diri keinginan mengambil makanan dari sana-sini di atas meja sehingga tak terasa perut menjadi terlalu kenyang.

5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis , mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.
          
6. Makan buah-buahan      
Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbohidrat dapat menjaga jumlah kalori yang masuk agar sesuai dengan keperluan.

7. Waspadai minuman bersoda
Anak-anak yang suka minum minuman ringan bergula berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko mengganggu kesihatan. “Kami menemukan selalu ada minuman ringan di setiap hidangan tambahan, dan risiko kegemukan meningkat kira-kira 50 percent,” kata Ludwig.

8. Kurangkan menonton TV
“Kegemukan pada anak-anak diakibatkan oleh banyak faktor. Tidak ditekankan hanya pada satu faktor, yaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton television,” ungkap Ludwig. Kebanjiran program di television, termasuk filem-filem kartun dan telenovela, membuat anak-anak dan suri rumah tangga semakin lama duduk di depan TV sambil makan. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.

9. Bertukar ke gula tanpa kalori dan lemak
Sebelum ini gula stevia iaitu gula tanpa lemak dan tanpa kalori ini tidak didedahkan di Malaysia secara meluas. Namun hakikatnya gula stevia telah wujud sejak beratus tahun dahulu dan telah digunakan oleh negara luar terutama Jepun dan Brazil secara menyeluruh. Bertukar ke gula stevia merupakan jalan penyelesaian kepada masalah gula berlebihan dalam badan yang mengakibatkan kepada kegemukan dan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser. Ianya lebih sihat dan boleh diamalkan tanpa memudaratkan kesihatan.

Sumber: http://www.syndromania.com/2010/12/8-cara-mencegah-kegemukan.html





0 comments:

Post a Comment