Thursday, 15 October 2015

Filled Under:

PADAH!! Cuba 'Sembuhkan Buasir' Guna Pedang Mainan


Seorang lelaki berusia 54 tahun di bandar Hangzhou, China, membuat keputusan yang salah apabila cuba 'merawat buasir' yang dihadapinya selama 10 tahun menggunakan pedang mainan.

Lelaki tersebut, Mr. Kao (bukan nama sebenar), tidak dapat menahan rasa pedih yang dihadapinya akibat buasir dan bertindak cuba membuang buasir itu sendiri dengan menggunakan keychain pedang itu.

Tidak lama selepas itu, Kao kemudian menelefon pejabatnya; dan memberitahu rakan sekerja dia tidak dapat hadir ke pejabat pada hari ini kerana sesuatu terjadi.

"Saya tak dapat datang kerja hari ini. Ada pedang tersekat di dalam punggung saya"


Selepas mendengar pengakuan dari Kao itu, rakan sekerjanya kemudian membawa Kaoi ke hospital Sir Run Run Shaw.

Tetapi detik malu Kao tidak tamat di situ sahaja. Kao dihujani pertanyaan dari wartawan yang sudah berkumpul menunggu Kao dengan soalan yang merepek-repek.

Wartawan : "Adakah kamu merangkak di hadapan cermin ketika melakukannya?"
Kao : "Ya"

Wartawan : "Adakah pedang itu secara tidak sengaja tergelincir ketika kamu cuba duduk?"
Kao : "Ya"

Wartawan : "Kamu mencangkung untuk masa yang lama kan? Lepas tu kamu mesti duduk dan..."
Kao : "Ya"

Kao bernasib baik kerana doktor berjaya membuang pedang itu dengan selamat tanpa sebarang implikasi. Kao juga terpaksa bercuti beberapa hari di hospital untuk proses penyembuhan. Namun apa yang paling memeriktkan adalah doktor di hospital itu memberitahu Kao "Kamu tak pernah ada buasir".

Insiden yang terjadi kepada Kao dan buasir imaginasinya berjaya masuk ke dalam berita di televisyen.

Jadi, sekiranya anda mempunyai apa-apa penyakit (lebih-lebih lagi di bahagian sulit) pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk konsultasi. Jangan main redah je. -Siakapkeli.my








0 comments:

Post a Comment