Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

[SEBARKAN] Terkini Zeti Aziz Beri AMARAN Ekonomi Negara Dalam Bahaya.

 

Tekanan kesan inflasi akan mengendur selepas suku pertama 2016 dan kadar faedah pada paras semasa menyokong pertumbuhan, kata Zeti satu temu bual di Lima, Peru

Keluaran dalam negara kasar akan meningkat kira-kira 5 peratus tahun ini, dan pengembangan itu akan berada dalam lingkungan had yang sama pada 2016, seandainya risiko terhadap pertumbuhan global tidak menjadi kenyataan.

Penggubal dasar Malaysia telah bergelut untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi dan kewangannya sejak harga minyak mula merosot pada akhir tahun lalu dan ketika dakwaan penyelewengan kewangan di sebuah syarikat pelaburan kerajaan, menjejaskan sentimen.

Ketegangan politik juga telah meningkat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdepan dengan isu berkaitan sumbangan kempen yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

“Rakyat terganggu sekarang kerana negara kami jarang berdepan dengan perkembangan politik seperti ini,” kata Zeti.

“Proses keputusan dasar Malaysia berterusan, tanpa mengira ketegangan politik ini.”

Sumber asal

Sumber: kucinghappy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...






0 comments:

Post a Comment