Tuesday, 13 October 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] BAHAGIA KE AMBIK LELAKI ORANG ?? Bahagia Ke DERITA..












Kisah Dan Pengalaman Wanita Berpoligami

## Kisah 1

Saya nak kongsi cerita saya sebagai isteri kedua. Saya berkahwin jun 08 pada umur 34thn. Kami xbercinta, cuma rakan sekerja. Bila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan saya isteri kedua, saya menolak. Tapi kami tetap berkawan macam biasa. 4bulan dalam perasaan xmenentu, dia tetap pujuk saya. Last, saya solat istikharah beberapa hari. Ada perasaan aneh muncul, saya terus tima dia. Peliknya, ati saya jd tenang sgt lepas setuju tima dia. Kami kawin ikut prosedur mahkamah dgn persetujuan isteri pertama. Hubungan dgn madu baik. Tapi xlama. Dia mula cemburu. Bila suami dgn saya, dia megamuk, antar sms marah2, merajuk dll. Saya dah rimas. 2 kali kami hampir bercerai gara- gara isteri pertama. Sekarang ni kami xbaik macam dulu lg. Isteri pertama sebenarnya baik. Mungkin sebab tekanan keluarganya dia jadi murung. Suami saya baik, cuba berlaku adil....

Sebelum kawin, isteri pertama bagi syarat. Giliran bermalam untuk saya hanya 2malam dan dia 5malam. Memandangkan dia ada anak kecil saya xberkira. Tapi sekejap je syarat tu berjalan. Dia selalu wat hal. Sekarang, saya hanya dapat satu malam. Petang2 suami saya datang jika ada masa. Tapi kami xleh gi mana2, nak gi melancong jgn harap la. Setahun lebih kawin, saya belum pernah gi mana2 dgn suami. Saya pasrah. Sebab saya yakin, Allah maha adil. Suatu masa nanti saya akan dapat apa yang saya nak. Pernah saya paksa suami lepaskan saya jika xdapat berlaku adil. Tapi isteri pertama rayu saya dan suami agar xteruskan niat bercerai.Alhamdulillah, walau dlm situasi gini pun, kami suami isteri sentiasa bahagia, sebab suami sentiasa berlembut dan penyayang. Nasihat saya pada saya nak jadi 2nd wife, pk betul2, tanya hati, boleh kah tahan kena kutuk oleh masyarakat. Kuat kah nak tima serangan dari madu. Kalau rasa ok, teruskan niat anda. Allah dah pilih kita, maksudnya kita memang mampu hadapi ujian bermadu. Bahagia atau tidak, Allah yang tentukan. Wasallam....



## Kisah 2

Di sini..saya ingin menceritakan dan berk0ngsi perasaan saya sebagai bakal isteri kedua, insyaAllah..Saya mula mengenali suami orang ini ketika saya sedang bekerja sementara di sebuah agensi kerajaan. Bila saya dan dia sama2 mengimbas balik kisah pertemuan tu, ternyata ianya adalah cinta pandang pertama antara kedua-dua belah pihak, iaitu saya dan dirinya sendiri. Kebetulan pada masa itu, saya sedang mengalami situasi dingin dan bagai retak menanti belah dengan teman lelaki sy. Ternyata kehadiran suami org ini berjaya membuatkan saya melupakan teman lelaki saya sepenuhnya....
.
Kami menjalinkan hubungan istimewa selama 5 bulan. Namun apa yg dapat saya nyatakan di sini, dalam tempoh 5 bulan ini, kami dapat mengenali hati budi masing2. Tentu agak pelik dan tidak logik bagi sesiapa yang mendengar kenyataan ini, tapi itulah hakikatnya. Suami org ini tidak pernah mengutuk atau menyatakan perkara2 buruk mengenai isterinya. Pada mulanya, saya memang merasa cemburu bila mendengar dia bercerita mengenai isterinya, tapi lama-kelamaan hati saya wujud perasaan kasih dan sayang pada isterinya. Suami orang ini turut mempunyai anak yang ketika ini sudah berusia 10 bulan. Hakikatnya, perasaan kasih dan sayang yg ada dalam hati saya ini bukan hanya wujud untuk suami ini, malah saya teramat sayangkan isteri dan anaknya. Sayang sangat2 dan saya tak tau nak gambarkan sayang dan kasih saya mcm mana....

Kami menjalinkan hubungan seperti biasa. Pada mulanya kami memang merancang utk berkahwin, tetapi memandangkan saya masih belajar, saya minta dia untuk meneruskan niat dia selepas saya habis belajar. Dia memahami situasi saya. Tapi kata orang..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hinggalah pada suatu hari, isterinya mendapat tahu mengenai perhubungan kami berdua. Rumah tangga mereka bergoyang tapi tidaklah sampai hendak bercerai. Saya merasa serba salah sangat dalam situasi ini. Tapi si suami ini acapkali mengatakan yang sebenarnya semua ini bukan salah saya. Semuanya berpunca dari dia. Dia tidak mengizinkan saya untuk menyalahkan diri atas apa yg telah berlaku....

Kami telah merujuk pada seorang ustad. Ustad tersebut meminta kami membuat solat tahajud, istikharah dan hajat untuk 3 malam berturut2 bagi diberi petunjuk. Malam pertama dan kedua saya lakukan, saya tak dapat apa2 petunjuk langsung melainkan hati saya kuat mengatakan saya tetap akan bersama dengan dia. Malam terakhir saya betul2 memoh0n pada Allah agar diberi petunjuk yang sebenar-benarnya. Andai dialah jodoh saya, saya minta Allah hadirkan dia dalam mimpi saya. Alhamdulilah, memang dia yg wujud dalam mimpi saya malam terakhir tersebut. Saya nampak dengan jelas bayangan wajahnya, bentuk tubuhnya dan sentuhannya..

Masalah yang saya hadapi sekarang ni adalah dari belah isterinya. Saya sangat memahami hatinya yang tidak boleh berkongsi suami dengan perempuan lain. Tapi apakan daya..suaminya dan saya memang tidak boleh berpisah. Sudah banyak kali si suami ckp pada isterinya yang dia tidak ada apa2 hubungan dengan saya lagi, tapi hakikatnya, hati kami berdua pedih sangat2 bila lafazkan kata2 itu. Si suami dan saya bercadang untuk terus menyembunyikan dahulu perkara sebenar setelah tertangkap hari tu, tapi mungkin Allah nak tunjuk yang kami tidak boleh berterusan begini, kami tertangkap buat kali yang kedua....

Semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan isterinya depan2 mata. Terus terang saya katakan saya tak sampai hati melihat isterinya berkeadaan begitu dengan tak habis2 melafazkan meminta saya melupakan suaminya demi anak kecilnya. Saya taktau nak buat mcm mana melainkan terpaksa berbohong lagi. Namun, hati saya sangat pedih untuk menyatakan yang saya tidak ada hati dan tidak cintakan lagi suaminya. Saya sayangkan keluarganya..memang saya nak bersama dengan suaminya, tapi saya taknak ada penceraian berlaku antara mereka....

Si suami selalu berkata yang dia mempunyai dua hati. Walaupun saya wujud dalam hidupnya, dia masih sayangkan isteri dan anaknya. Saya sangat memahami hatinya dan rela berkongsi dengan isterinya. Tapi isterinya betul2 tak dpt menerima saya. Dia mengatakan dia geli untuk disentuh suaminya jika kami berkahwin. Pedih sangat hati saya bila dia bercakap mcm tu. Bila dia berkata saya perempuan murahan dan pelbagai kata keji lain dilepmparkan pada saya, terus terang saya katakan, dengan ikhlas hati saya katakan, tak wujud sikit pun perasaan maraha atau benci pada isterinya sebab hati saya memang sayangkan isterinya. Saya dah anggap dia sebagai kakak dalam hidup saya.....

Saya tau jika saya teruskan hubungan dengan suaminya, hidup kami tidak akan bahagia. Tentangan dari family suaminya, family isterinya dan family saya sendiri sudah pasti akan saya terima. Takde sorang pun yg boleh saya jadikan tempat mengadu sebab tiada siapa yang tahu saya bercinta dengan seorang suami orang. Isterinya sudah berkata andai suaminya memilih saya, dia suruh suaminya ceraikan dirinya dan dia dah bersumpah akan buat apa saja untuk pastikan kami berdua tidak bahagia. Saya benar-benar buntu sekarang ni. Apa pun, yang pasti, hati suami itu sendiri dan diri saya sendiri tidak boleh berpisah dan melepaskan diri masing2. Saya masih boleh bertahan sehingga sekarang semuanya kerana mimpi yang Allah datangkan pada saya pada malam itu. Setiap kali selesai solat, saya minta ditenangkan hati dan seolah-olah ada satu suara berbisik yang keajaiban akan berlaku…

Saya taktau apa akan jadi pada diri kami berdua sekarang. Bila si isteri buat begitu pada suami, si suami berkata pada saya yang hatinya dah tawar utk si isteri. Saya minta dia lupakan apa yg si isteri telah buat dan tanam balik cinta untuk si isterinya sebab saya betul2 taknak penceraian berlaku.Alhamdulillah, keadaan masih stabil sehingga ke hari ini. Si suami beritahu pada saya yg jika saya dah habis belajar, memang dia akan teruskan niat utk berkahwin tu, cuma sekarang ni saya masih belajar dan dia minta saya habiskan pengajian saya dulu....

Saya berkongsi pengalaman ini dengan anda semua kerana saya tahu dan saya yakin menjadi isteri kedua memang tidak salah. Cuma, kekuatan mental, fizikal dan r0hani perlu ada untuk menempuh semua dugaan yang bakal mendatang. Untuk diri saya sendiri, sampai sek..arang saya masih boleh bertahan dengan ujian ini cuma saya tak pasti hari2 esoknya bagaimana….





0 comments:

Post a Comment