Friday, 16 October 2015

Filled Under:

[INFO] Buatkan orang suka pada Islam, bukan semakin benci

Bayangkan, suatu tempat di Malaysia, ada seorang individu bukan muslim, membawa sepanduk anti-Islam, atau anti undang2 syariah, atau mempersoalkan kenapa orang Islam perlu menutup aurat dan sebagainya, rasa2 apa yang akan berlaku terhadap individu tersebut. Beliau akan dikecam teruk oleh orang Islam, diugut dan dimaki di luar dan juga media sosial, malah mungkin akan dipukul. Paling tidak pun sebuah demo besar2an akan diadakan sebagai membalas perbuatan individu tersebut sambil membuat demonstrasi aksi mempertahankan diri guling2 atas jalan.

Baca komik berikut:
 


Sementara itu di Amerika Syarikat pula, cuba fahamkan video berikut:
Itu di US tu, negara yang dikatakan bebas dan maju. Orang yang membenci Islam dibalas umat Islam di sana dengan menunjukkan keindahan agama Islam itu sendiri malah mengajak orang yang benci Islam itu melawat masjid dengan aman tanpa sebarang kutukan, makian, ugutan dan sebagainya.

Tapi kenapa, di Malaysia, sebuah negara Islam, bila ada kes yang macam ni berlaku, umat Islam di Malaysia kebanyakannya lebih cenderung mengambil jalan kemarahan, keganasan dan kebencian berbanding jalan keamanan dan diplomasi sebagai penyelesaian kepada isu2 ini?

Adakah dengan marah2 kepada mereka membuatkan mereka semakin dekat dengan Islam?
Adakah dengan menakut2kan mereka akan membuatkan mereka lebih faham tentang Islam?
Adakah dengan membenci mereka membuatkan mereka lebih sayang pada orang Islam?
 
Agama Islam itu bukan milik kita tapi milik semua manusia di muka bumi ini, maka buka peluang dan ruang kepada orang bukan Islam untuk mengenali dan mendekati Islam.

Allah itu bukan Tuhan orang Islam sahaja tapi Tuhan kepada semua manusia sekalian alam, maka berilah peluang kepada orang bukan Islam untuk kembali kepada Tuhan yang Esa.

Tak perlu kedekut sangat untuk menunjukkan akhlak Islam kepada mereka. Kita sendiri pun kebanyakannya Islam sebab lahir dari ibu Islam walaupun ramai yang hanya Islam atas kad pengenalan.

Maka janganlah gunakan pendekatan yang boleh membuatkan orang bukan Islam semakin membenci dan menjauhi Islam, kerana secara tidak langsung kita sebenarnya telah menutup ruang dan peluang kepada mereka untuk mendekati Islam serta melihat keindahan akhlak muslim itu sendiri.





0 comments:

Post a Comment