Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahanFiraun
Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh
kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik
pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini
lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana
terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk
mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi
piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi
buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi
dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah
bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke
arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar
yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan
bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir
adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah
petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang
menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina
piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius
dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju
dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.
Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta
mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang
seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem
komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi
adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.
Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan
manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa
‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga
pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut
yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada
yang wanita dan kanak-kanak jadi
jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.
Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin
yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah
pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini
benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang
mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya
kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita
membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti
kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang
Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta
peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang
termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia,
kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil
jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1
Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa
hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran
Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa
Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini
anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama
turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju
ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala
bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik
yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.
Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan
pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang
mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini
kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam
dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.
Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga
kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau
sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika!
Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat
manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan
kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada
sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati
dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat
manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai
sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka
ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,
bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil
mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan
komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang
pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan
bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya
masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut
dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi
yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut
diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya
memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di
Turki.
H2M9363
0 comments:
Post a Comment