Ketika negara
dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca
surat khabar di usia tiga tahun, bernama Mohd. Shukri Hadafi. Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) .
Prof. Diraja
Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat
bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi. Bagaimanapun,
beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam
remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir
90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai!
Ada cerita yang memberitahu beliau
menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah
beliau menjadi penagih dadah. Anak
angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah
menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
CHIANG TI MING
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti
Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology
(CalTech). Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja
pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi
juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik. Antara
kejayaannya, beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima
Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun
berturut-turut di CalTech.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa
beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam
fizik zarah di Cornell Universiti di New York. Pada
tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami
gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban.
Bertuahnya Chan Yao-ban
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi
anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi
pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne.
Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah
menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne,
mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti
protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar
disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan
Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home
schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di
sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.Sejuk perut mak bapak dia.
KESIMPULAN
Justeru itu, kita terfikir apakah malang nasib anak yang genius?
Mengapa
di sebalik kepintaran mereka yang kebanyakan kita fikir akan menjadi
aset negara yang terbilang, berakhir dengan episod hitam?
Dalam
kes Shukri, ada yang menyalahkan sistem pendidikan kita yang tidak
cukup baik. Sistem pendidikan kita dikatakan tidak cukup menyokong
pelajar pintar. Tetapi mengapa Sufiah juga menemui kegagalan. Adakah dia
belajar di Malaysia?..
Dengan sistem pendidikan yang lebih moden dan tersusun, mengapa Sufiah turut terjerumus dengan pekerjaan keji.
Memang
tidak dapat kita nafikan sistem pendidikan kita, masih perlu
dipertingkatkan untuk menyediakan satu ruang pembelajaran yang lebih
kondusif untuk pelajar istimewa yang dikurniakan kepintaran luar biasa.
ADY PUTRA ABDUL GHANI
Teringat
kembali kisah pelajar genius Malaysia, kira-kira beberapa tahun lalu
kita didedahkan tentang kemunculan seorang lagi pelajar genius Matematik
yang berasal dari Bagan Serai, Perak.
Ady
Putra Abdul Ghani yang kini berusia 9 tahun mendapat perhatian luar
biasa kerana kebolehannya menyelesaikan soalan matematik peringkat
universiti.
Bagaimanapun,
dia kini(ketika itu) berdepan dengan dilema lantaran sistem pendidikan
yang dikatakan kurang menyokong kemahirannya.
Soalnya, apakah Ady Putra mampu mengubah kisah malang yang dilalui oleh Sufiah dan Shukri?
Yang
pasti, seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mendoakan agar Adi
Putra mencapai impiannya bergelar profesor matematik Islam Rakyat
Malaysia mendoakan agar Ady Putra mencapai cita-citanya untuk menjadi
pakar matematik Islam.
Bagaimanapun, jika kita renungkan kembali, kita perlu kembali kepada kekuatan pegangan agama.
Betapa
sebenarnya tanpa kekuatan ilmu agama yang kukuh, pasti ramai tersimpang
daripada jalan Allah. Ilmu dunia tanpa diperkuatkan dengan ilmu akhirat
menyebabkan manusia mudah goyah iman dan pegangannya.
0 comments:
Post a Comment