Saturday, 8 August 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] Pengantin Dari Turki Ini Adakan Majlis Perkahwinan Dengan Jemput Lebih 4000 Pelarian Syria



Hari perkahwinan adalah satu hari bahagia yang pasti ditunggu-tunggu oleh setiap insan di mana hari tersebut adalah hari membuktikan cinta di mana pasangan pengantin akan dilayan bak raja.

Sudah pasti di hari tersebut bakal pengantin pasti mengidamkan sebuah majlis yang serba serbi lengkap dan indah.

Namun lain pula ceritanya pasangan daripada Turki ini, mereka memilih mengabadikan majlis perkahwinan mereka dengan cara yang tersendiri.

Pasangan Fethullah Uzumcuoglu dan Esra Polat telah mengundang dan menjamu makanan kepada kira-kira 4,000 pelarian Syria ke majlis perkahwinan mereka di Kilis, Turki Selatan.

Tindakan pasangan ini telah mendapat perhatian ramai orang di seluruh dunia kerana mereka lebih memilih melakukan perkara amal di dalam majlis perkahwinan mereka dengan menyediakan makanan kepada pelarian Syira yang hidup dalam kemiskinan ini sekali gus mengejutkan seluruh dunia.




Apa yang lebih menarik, tiada majlis keraian seperti majlis perkawinan lain apabila mereka sendiri yang membantu dalam mengagih-agihkan hidangan makanan kepada pelarian Syria yang hadir.

Majlis seumpama ini sebenarnya telah dicadangkan oleh bapa Fethullah, Ali, di mana dia berpendapat anak dan menantunya perlu melakukan sesuatu amalan murni sebelum memulakan kehidupan baru.

Menurut pengantin lelaki beliau merasa sungguh terharu dan luar biasa kerana majlis perkahwinannya itu diadakan sambil melakukan kerja amal.

“Melihat kegembiraan yang terpancar di mata anak-anak pelarian Syria merupakan pengalaman tidak ternilai harganya.

“Rasa bersyukur dapat memulakan perjalanan hidup kami sebagai pasangan suami isteri dengan membuat orang lain bahagia. Itu adalah perasaan yang sangat hebat,” ujarnya. - Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment