
China – Ia merupakan aksi yang mengejutkan semua orang selepas seorang penumpang keretapi bawah tanah cuba membogelkan seorang penumpang lain hanya kerana mereka berebutkan tempat duduk dalam pengangkutan awam itu.
Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos lalu di Wuhan melibatkan seorang gadis remaja dengan seorang wanita berusia.
Pergaduhan itu dikatakan berlaku selepas remaja berkenaan menghina wanita terbabit dan kemudiannya berlaku balas membalas.
Rakaman video menunjukkan bagaimana wanita itu menarik rambut gadis terbabit sebelum cuba mengoyak bajunya. Dia juga beberapa kali menendang gadis terbabit.
Meskipun penumpang lain cuba meleraikan pergaduhan itu namun ia tidak berjaya.
Wanita itu terus menyerang gadis terbabit hinggalah ke hentian yang seterusnya.
Insiden tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial di China dengan pelbagai pihak memberikan pandangan.
Ada yang menyatakan gadis itu sepatutnya menghormati wanita tersebut dan ada pula yang mengkritik wanita berkenaan kerana bertindak keterlaluan.
Tidak diketahui sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:
Post a Comment