"Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak"
Aku terdiam. "Hari ini dah hari keenam," kata aku dalam hati.
"Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1
pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah
awak,"
"Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?"
Aku diam lagi.
"Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang
perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai
10 minit pun,"
"Sejuklah awak," jawab aku.
"Okay kejap"
Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.
"Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak
payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan
api neraka sekali," katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak
membakar lengan aku.
Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.
"Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila
kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya
dan berkata.
"Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur
dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh
sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak"
"Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah
pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya,
awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,"
"Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam,
kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak
wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada
orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar
dari fitnah dajjal,"
Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?
Dia datang dan belai lembut rambut aku.
"Awak selalu kata 'kenapa kita tak dapat anak lagi'. Awak selalu nak
mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah
nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan
lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan
baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat
baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?"
Aku mula bertanya.
"Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada
orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup
aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?"
"Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap
akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap,
degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah
dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka
kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu
bapa yang baik dari segi agama.
"Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok
ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit
puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua
dugaan dan ujian dari Allah.
"Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya
juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca
doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi
anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa
yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai
perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik
perancangan buat manusia?" katanya
Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan
sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan
dia selalu berkata bahawa 'Ini semua ujian dari Allah,".
'Dah, bangun. Pergi mandi wajib'.
Kredit - Cik Atenn Azlan
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 comments:
Post a Comment