Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull menuntut agar Jabatan Perdana Menteri (JPM) memulangkan kembali dua pegawai kanannya dan menawarkan dirinya sebagai ganti.
Menurut beliau, kedua-dua pegawai itu bertindak atas arahan darinya.
“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.
"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
Shukri yang kini berada di Amerika Syarikat menghadiri kursus berkata demikian melalui khidmat pesanan ringkas kepada MalaysiaKini.
Sebelum ini, Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan ke JPM berkuatkuasa serta merta.
Sementara itu, laman web rasmi SPRM, www.sprm.gov.my pada ketika ini tidak boleh dibuka namun sehingga kini tiada sebarang laporan rasmi mengenainya keadaan tersebut. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment