KUALA LUMPUR: Kenyataan "Kalau Esok PRU" dari Ahmad Maslan kini sudah menjadi trend dalam kalangan pengguna media sosial yang mengolah semula kenyataan terbabit menjadi lawak.
Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat kenyataan terbabit berikutan kenyataan dari Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pandangan bahawa Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan 'esok'.
Ahmad Maslan kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang kemudian menjadi viral di media sosial.
"Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya,” ujarnya.
Berikutan itu, orang ramai mula mengolah kembali kenyataan Ahmad Maslan sehingga menjadi bahan ketawa dan kini menjadi trending di twitter dengan hashtag #TweetGayaAhmadMaslan. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment