Saturday 1 August 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] Harga RON95 Sepatutnya Lebih Murah 29 Sen Jika Nilai Ringgit Tidak Jatuh - Rafizi


Harga petrol RON 95 sepatutnya boleh diturunkan sebanyak 29 sen jika nilai ringgit Malaysia tidak jatuh merudum ekoran sentimen terhadap ekonomi negara.

Memetik laporan Malaysiakini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata nilai ringgit berbanding dolar AS pada Ogos tahun ini adalah RM3.212 dan jatuh menjadi RM3.766 pada 1 Julai lalu.

"Ini bermakna, jika kadar matawang kekal seperti 1 Ogos 2014, harga RON 95 mengikut formula kerajaan sepatutnya hanyalah RM1.86 seliter berbanding RM2.15 seliter sekarang berdasarkan harga minyak mentah yang sama di pasaran.

"Tanpa perubahan harga minyak mentah, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.212 pada 1 Ogos 2014 kepada RM3.766 pada 1 Julai 2015 menyebabkan rakyat terpaksa membayar RON 95 pada harga RM2.15 seliter sedangkan harga sebenar hanyalah RM1.86 seliter," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kerana  itu, Rafizi mencadangkan kepada kerajaan supaya menyiarkan jadual pengiraan yang digunakan untuk menetapkan harga abru pada setiap awal bulan untuk mengelakkan tiada cukai tersembunyi dikutip daripada rakyat


Selain itu beliau juga meminta kerajaan mengembalikan subsidi minyak sebanyak 30 sen setiap liter untuk RON 95, RON97 dan  diesel kepada harga sebenar mengikut harga pasaran iaitu RM1.85 seliter (bagi RON 95).

"Ini penting untuk mengimbangi kesan kejatuhan nilai ringgit yang kini menjadi bebanan utama kepada rakyat," katanya.

Harga baru minyak di negara ini dijangka diumum kerajaan malam ini. - Siakapkeli.my

 




0 comments:

Post a Comment