Kuala Lumpur – Pelawak Abam (Bocey) menegaskan foto lelaki berbadan
besar sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang tersebar bukan
dirinya.
Memetik laporan mStar online, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar
Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, ia adalah satu fitnah yang
sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.
“Jangan
malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu,”
katanya mengulas mengenai foto seorang lelaki berbadan besar sedang
bercumbuan telah tersebar di internet dan dirinya dikaitkan sebagai
individu berkenaan. Bagaimanapun foto tersebut telah dikaburkan pada
bahagian wajah.
Sementara itu, Abam berharap, perkara itu tidak akan berulang lagi dan
dia memohon pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak menyebarkan
cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.
H2M9363
0 comments:
Post a Comment